
Artikel
Pengarah Jsj Rasmikan Balai Polis Kelapa Sawit
Kulai, 8 Februari 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan hari ini berbesar hati merasmikan Balai Polis Kelapa Sawit di T...
Kulai, 8 Februari 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan hari ini berbesar hati merasmikan Balai Polis Kelapa Sawit di Taman Sin Sawit, dekat sini.
Ketibaan beliau pada kira-kira jam 10.00 pagi tadi bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJ, Datin Sri Dr. Siti Alida John Abdullah disambut oleh Ketua Polis (KP) Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat bersama isteri, Datin Suriati Muhamad.
Hadir sama, Timbalan KP Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu dengan isteri, Puan Shanti Santhanam Pillai dan Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow.
Dato' Sri Abd Jalil kemudian membuat pemeriksaan baris dan mendengar ucapan aluan daripada Dato' Kamarul Zaman.
Dalam majlis tersebut, Dato' Sri Abd Jalil telah menandatangani plak perasmian dan melawat bangunan balai polis sebelum menanam pokok bonsai jenis Podocarpus sebagai simbolik acara perasmian.
Turut dipertontonkan kepada Dato' Sri Abd Jalil dan isteri ialah persembahan pentomin khas Balai Polis Kuala Sedili oleh Kumpulan Semangat Panji Biru dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.
Yang turut hadir, Ahli Majlis Diraja Johor, Datuk Profesor Dr. Kassim Thukiman, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, DCP Dato' Hussein Omar Khan, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) JSJ Bukit Aman, DCP Azari Abd Rahman, Ketua-Ketua Penolong Pengarah JSJ Bukit Aman, Ketua-ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Ketua-ketua Polis Daerah Johor dan ahli PERKEP Kontinjen Johor.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.