Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Rasmi Majlis Perbarisan Tamat Latihan Plak Bilangan 52 Siri 5 2022 Pulapol Kl

Diterbitkan: 08 Feb 2023 11.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Februari 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Bilangan 52 Siri 5/2022, bertempat di Dataran Kawad Pusat latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-rasmi-majlis-perbarisan-tamat-latihan-plak-bilangan-52-siri-5-2022-pulapol-kl
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:24 MYT
Kuala Lumpur, 8 Februari 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Bilangan 52 Siri 5/2022, bertempat di Dataran Kawad Pusat latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Seramai 493 pelatih konstabel berjaya menamatkan program mereka selama 6 bulan yang meliputi latihan jasmani, akademik, kerohanian dan sebagainya.
Dalam majlis tersebut Datuk Seri Ayob turut berbesar hati menyampaikan Sijil Anugerah Terbaik Keseluruhan, Terbaik Akademik dan Terbaik Latihan Luar kepada para pelatih yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh latihan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Komandan Maktab PDRM, DCP Dato’ Pahlawan Anuar Othman dan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Hj. Kamal Faizul Mohd Zain serta para pegawai kanan.

ArtikelDiterbitkan 08 Feb 2023 11.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM