
Kota Kinabalu, 8 Februari 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Zaini Jass telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Jauteh Dikun, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Alwi Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bukit Aman, SAC Md Asri Mohd Akhir dan Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, SAC Datuk Zabidi Hj. Md Zain.