Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang

Published: 12 Jun 2014 1.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bertempat di Sri Gombak pada pagi ini, YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik telah menyempurnakan Program High Profile Policing 'meet and greet'..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-jabatan-logistik-turun-padang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:14 MYT

18 Jun 2012 - Gombak.

Bertempat di Sri Gombak pada pagi ini, YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik telah menyempurnakan Program High Profile Policing 'meet and greet' bersama barisan pelatih SUKSIS UIAM dan anggota Kadet Polis Sekolah di SMK Hill Crest, Gombak.

Pada program ini, YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik berkesempatan menyampaikan ucapan nasihat kepada golongan sasar tersebut supaya menjadi seorang pelajar yang berintegriti tinggi dan berkeperibadian mulia, sekali gus menjadi aset kepada negara tercinta ini. Ucapan terima kasih Pengarah Jabatan Logistik kepada Ketua Polis Selangor, KPD Gombak, Pengarah Pelajaran Selangor, Pengetua SMK Hill Crest dan Komandan SUKSIS UIAM atas kerjasama serta komitmen yang tinggi bagi merealisasikan program ini.

Selepas menyempurnakan program 'meet and greet' di SMK Hill Crest, YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik tidak ketinggalan menyusuri jalanraya dengan menunggang kuda ke Sri Gombak untuk menyempurnakan program High Profile Policing (meet and greet) berjumpa masyarakat setempat khususnya peniaga di kawasan tersebut.

Elemen SUKSIS UIAM dan Kadet Polis SMK Hill Crest juga didedahkan supaya terlibat dalam mengagihkan 'goodies' termasuk risalah pencegahan jenayah kepada arang awam. Program 'meet and greet' ini diakhiri dengan penyerahan cek saguhati oleh Pengarah Jabatan Logistik kepada 4 org bekas Anggota Polis di zaman darurat.

Turut mengiringi YDH Pengarah Jabatan Logistik ialah YDH Dato' Rosli bin Ab Rahman, Timbalan Pengarah III Jabatan Logistik, YDH SAC Dato' Azri bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan) Jabatan Logistik, YDH SAC Sahabudin bin Abd. Manan, Ketua Penolong Pengarah (Komunikasi), YDH SAC Mat Kasim bin Karim, Ketua Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat), YDH ACP Abdul Rahim bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Gombak serta Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Logistik.

Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Ketibaan YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik di SMK Hill Crest, Gombak.

Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Doa Selamat...memberkati majlis

Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Ucapan YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik

Antara yang hadir...
Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang

Sesi dialog bersama Pengarah Jabatan Logistik
Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang

Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Penyampaian cenderahati...

Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Bergambar kenangan...

Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Kadet Polis menunggu ketibaan Pengarah Jabatan Logistik di Sri Gombak

Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Pengarah Jabatan Logistik menunggang kuda ke Sri Gombak

Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Logistik di Sri Gombak

Sekitar High Profile Policing di Sri Gombak
Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang

Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Penyerahan cek saguhati oleh Pengarah Jabatan Logistik kepada 4 org bekas Anggota Polis di zaman darurat

Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
Sidang Media....



Berita dan gambar : Jabatan Logistik
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan

ArticlePublished 12 Jun 2014 1.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM