Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

195 Terima Pingat Di Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Mendahului senarai, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan dengan dianugerahkan Darjah Panglima Pasukan Polis (PGPP)...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/195-terima-pingat-di-istiadat-penganugerahan-darjah-kepahlawanan-pasukan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:17 MYT

Kuala Lumpur - 19 Jun 2012

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, berkenan menganugerahkan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis kepada seramai 195 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Istiadat berlangsung di Balirong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, sempena sambutan Hari Polis Ke-205 tahun 2012.

Mendahului senarai, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM dianugerahkan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

Darjah Setia Pasukan Polis (PSPP), di anugerahkan kepada 22 pegawai kanan. Di antara penerimanya YDH DCP Dato' Zamri Yahya, YDH SAC Dato' A. Rahman Ahmad, YDH SAC Dato' Ramli Haji Din, YDH SAC Noor Azam Jamaludin, YDH SAC Abd. Aziz Alwee dan ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah.

Manakala Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP) dianugerahkan kepada 39 pegawai, di antaranya Supt. Nur Muhammad Othman, Supt. Moses Agat, Supt Mah Khye Beng, Supt Landi Ilod, DSP Mohd Nadzir Gulam Kadir, DSP Adzhar Othman dan ASP Kok Chai Fong.

Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP) dianugerahkan kepada lapan pegawai. Terdiri daripada P/ASP Mohd Yusoff Tahir, Insp. Azman Omar, Insp. N. Visvanathan, Insp. Jamil Ahmad, Insp. M. Madialagan, Insp. Mazli Abd Aziz dan Insp. Zulkifli Zakaria.

Seterusnya Pingat Bentara Pasukan Polis (BPP), dianugerahkan kepada 125 anggota pangkat rendah. Di antara penerimanya S/Insp. Abd Ghani Ali, Sjn. Mejar Manoharan Shunmugam, Sjn. Mejar Abdul Rahman Abdullah, Sjn/D Kamsiah Md. Yusoff, Sjn/D. Ganesarao Bentaiah, Sjn. Kulop Leama, Kpl. Solomoto Appoou, Kpl. Bah Berding Bah Bembang dan Kpl. John Dana Tagam.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat di istiadat yang bersejarah itu.

Hadir sama YAB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Gambar sekitar Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

Wartawan/Jurufoto : S/I Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM