Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sungguhpun masa yang singkat, saya tetap hadir untuk melihat anak-anak buah saya yang telah dikurniakan pangkat. Syabas dan tahniah daripada saya serta seluruh warga Jabatan KDN/KA kepada semua yang t..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/20-pegawai-kanan-jabatan-kdn-ka-dinaikkan-pangkat-asp
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 05:57 MYT

Cheras - 18 Jun 2012

"Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua pegawai kanan yang telah dinaikkan pangkat kerana hanya sempat untuk menyemat pangkat ASP separuh daripada bilangan pagi ini ekoran saya tidak boleh tidak untuk hadir ke satu mesyuarat penting pagi ini", ringkas YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) dalam Majlis Pemakaian Pangkat ASP Pegawai Kanan Jabatan KDN/KA di Dewan Perdana, Briged Tengah PGA, Cheras, pagi ini.

"Sungguhpun dalam masa yang singkat ini, saya tetap hadir untuk melihat anak-anak buah saya yang telah dinaikkan pangkat. Syabas dan tahniah daripada saya serta seluruh warga Jabatan KDN/KA kepada semua yang telah dikurniakan pangkat ASP. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menambahkan lagi semangat tuan-tuan untuk terus berkhidmat selain bersedia untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang lebih berat sejajar dengan pangkat yang disandang", tambah beliau lagi.

Keputusan kenaikan pangkat Inspektor ke pangkat Assisten Superintendent Polis (ASP) baru-baru ini menyaksikan seramai 69 orang pegawai kanan bagi Jabatan KDN/KA telah dinaikkan ke pangkat ASP. Daripada jumlah tersebut, seramai 14 orang pegawai bagi zon utara (Briged Utara), 21 orang pegawai bagi zon tengah (Briged Tengah) manakala 34 orang pegawai melibatkan Kontinjen Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Turut hadir YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah (Kepolisan/Pencegahan Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB), YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan AM, selaku tuan rumah Majlis Pemakaian Pangkat ASP bagi zon tengah, YDH Dato'-Dato' Komander, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan KDN/KA dan Anggota Polis.

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
Dari kiri.. YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan AM, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah (Kepolisan/Pencegahan Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB) dan YDH Dato' Abd. Rasid bin Haron, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA Pasukan Gerakan Khas.

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
Ucapan YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
Antara yang hadir

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Aprjanto bin Nek, Cawangan Urus Setia Ibu Pejabat Jabatan KDN/KA bersama Isteri

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Kulwant Singh A/L Ajmer Singh, Unit 2 Pasukan Simpanan Persekutuan Johor Bahru bersama Isteri

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Mejar Singh A/L Mangal Singh, Batalion 19 Pasukan Gerakan Am bersama Isteri

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Badrul Hisham bin Bakri, Batalion 6 Pasukan Gerakan Am bersama Isteri

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Mohd Jahangir bin Ali, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am bersama Isteri

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Mohd Zaiham bin Hamid, Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman bersama Isteri, ASP Noor Faraena binti Baharum, Pasukan Gerakan Udara, Pangkalan Sungai Besi, Kuala Lumpur

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Abdul Rahim bin Rahman, Unit Tindak Khas

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Khairul Azhar bin Nurudin, Pasukan Gerakan Khas

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Muhammad Suhaimi bin Abdul Rahman, Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Shaharruddin bin Abdul Talib, Batalion 19 Pasukan Gerakan Am

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Tan Ting Chuan, Batalion 19 Pasukan Gerakan Am

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Rohaizad bin Mohd Nasir, Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Port Klang

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
ASP Arivayagan A/L M. Lingam, Cawangan Gerakan, Ibu Pejabat Jabatan KDN/KA

20 Pegawai Kanan Jabatan Kdn Ka Dinaikkan Pangkat Asp
Bergambar Kenangan bersama Pegawai dinaikkan pangkat ASP


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM