Pengarah Jabatan Logistik Turun Padang
18 Jun 2012 - Gombak.
Bertempat
di Sri Gombak pada pagi ini, YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah,
Pengarah Jabatan Logistik telah menyempurnakan Program High Profile
Policing 'meet and greet' bersama barisan pelatih SUKSIS UIAM dan
anggota Kadet Polis Sekolah di SMK Hill Crest, Gombak.
Pada
program ini, YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan
Logistik berkesempatan menyampaikan ucapan nasihat kepada golongan
sasar tersebut supaya menjadi seorang pelajar yang berintegriti tinggi
dan berkeperibadian mulia, sekali gus menjadi aset kepada negara
tercinta ini. Ucapan terima kasih Pengarah Jabatan Logistik kepada Ketua
Polis Selangor, KPD Gombak, Pengarah Pelajaran Selangor, Pengetua SMK
Hill Crest dan Komandan SUKSIS UIAM atas kerjasama serta komitmen yang
tinggi bagi merealisasikan program ini.
Selepas
menyempurnakan program 'meet and greet' di SMK Hill Crest, YDH Dato'
Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik tidak
ketinggalan menyusuri jalanraya dengan menunggang kuda ke Sri Gombak
untuk menyempurnakan program High Profile Policing (meet and greet)
berjumpa masyarakat setempat khususnya peniaga di kawasan tersebut.
Elemen
SUKSIS UIAM dan Kadet Polis SMK Hill Crest juga didedahkan supaya
terlibat dalam mengagihkan 'goodies' termasuk risalah pencegahan jenayah
kepada arang awam. Program 'meet and greet' ini diakhiri dengan
penyerahan cek saguhati oleh Pengarah Jabatan Logistik kepada 4 org
bekas Anggota Polis di zaman darurat.
Turut
mengiringi YDH Pengarah Jabatan Logistik ialah YDH Dato' Rosli bin Ab
Rahman, Timbalan Pengarah III Jabatan Logistik, YDH SAC Dato' Azri bin
Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan) Jabatan Logistik, YDH SAC
Sahabudin bin Abd. Manan, Ketua Penolong Pengarah (Komunikasi), YDH SAC
Mat Kasim bin Karim, Ketua Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat), YDH
ACP Abdul Rahim bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Gombak serta
Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Logistik.

Ketibaan YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik di SMK Hill Crest, Gombak.

Doa Selamat...memberkati majlis

Ucapan YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik
Antara yang hadir...


Sesi dialog bersama Pengarah Jabatan Logistik



Penyampaian cenderahati...


Bergambar kenangan...

Kadet Polis menunggu ketibaan Pengarah Jabatan Logistik di Sri Gombak

Pengarah Jabatan Logistik menunggang kuda ke Sri Gombak

Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Logistik di Sri Gombak
Sekitar High Profile Policing di Sri Gombak






Penyerahan cek saguhati oleh Pengarah Jabatan Logistik kepada 4 org bekas Anggota Polis di zaman darurat

Sidang Media....
Berita dan gambar : Jabatan Logistik
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan