Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan

Published: 09 Jun 2014 8.20 AM Updated: 15 Aug 2026 7.46 PM
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara telah menyempurnakan Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan kepada seorang pegawai kanan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganugerahan-kenaikan-pangkat-secara-medan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:21 MYT

Kuala Lumpur - 15 Ogos 2008. YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara telah menyempurnakan Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan kepada seorang pegawai kanan dan empat anggota pegawai rendah polis di Dataran Kawat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan, penerima-penerima anugerah serta keluarga dan warga PDRM.

Majlis pada pagi ini adalah merupakan satu upacara yang diadakan khas sebagai satu penghormatan dan pengiktirafan oleh pasukan dan negara kepada lima orang pegawai polis iaitu:

I) INSP ZULKEFLI BIN KAMIS dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kuala Lumpur yang dianugerahkan pangkat  P/ASP

II) L/KPL MOHD SALLEH BIN MOHD SHARIFF,  juga dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kuala Lumpur  yang dianugerahkan pangkat P/KPL

III) L/KPL WAN MASRUL FAIEZE BIN WAN MUSTAPHA , dari Cawangan Khas, Bukit Aman yang dianugerahkan pangkat  KPL

IV) L/KPL MAT ASRI BIN AWANG NGAH dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, yang dianugerahkan pangkat P/Kpl

V) KONST ABDUL HAFIZ BIN JAMALUL RAMLIE  juga dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang dianugerahkan pangkat L/Kpl

Kelima-limanya telah membuktikan kepada masyarakat dan negara bahawa mereka sanggup berkorban jiwa dan raga demi menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Mereka juga telah menunjukkan prestasi tugas yang sangat cemerlang ketika berhadapan dengan penjenayah dan dengan keberanian mereka semasa menjalankan tugas sehingga penjenayah berjaya ditangkap. Tindakan mereka ini bukan sahaja kerana mereka adalah pegawai dan anggota PDRM tetapi dalam masa yang sama melaksanakan peranan untuk menegakkan kedaulatan negara yang tercinta.

Sungguhpun kredibiliti polis dalam menjalankan tugas sentiasa dipersoalkan tetapi komitmen dan dedikasi warga PDRM yang sanggup mengadai nyawa mereka ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab adalah merupakan bukti pengorbanan dan kesetiaan kepada pasukan dan negara.

Tindakan mereka dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berani sangat membanggakan pasukan dan negara. Pengorbanan, keberanian, kesetiaan dan kesungguhan mereka patut disanjung tinggi oleh pasukan, masyarakat dan negara.

Diatas keberanian dan semangat juang yang tinggi yang telah ditunjukkan, dengan berasaskan kepada prestasi kerja yang baik, maka pucuk pimpinan PDRM telah bersetuju dan meluluskan untuk menganugerahkan Kenaikan Pangkat Secara Medan. Anugerah seumpama ini kebiasaannya hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak menerimanya . Sehingga kini terdapat seramai dua belas (12) orang pegawai polis telah dianugerahkan Kenaikan Pangkat Secara Medan.

"Semua warga PDRM hendaklah sentiasa berwaspada, berhati-hati dan meningkatkan kemahiran mempertahankan diri semasa menjalankan tugas kerana keadaan yang tidak dijangka dan amat sukar untuk diduga termasuk yang membahayakan diri serta boleh mengancam nyawa akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kurangkan risiko dari terdedah kepada situasi yang boleh membahayakan diri dengan sentiasa mengamalkan pergerakan dan tindakan secara berkumpulan" demikian nasihat YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara kepada seluruh warga PDRM.

Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara memeriksa Kawalan Kehormatan.

Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan
Ucapan oleh YDH TImbalan Ketua Polis Negara di Majlis Penganugerahan Pangkat Secara Medan

Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan
Bersemangat...ASP Foo Chek Seng mendeklamasikan puisi hasil nukilan Supt. Rasdi Ramli, Penguasa Perhubungan Awam

Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar menyematkan pangkat P/ASP kepada Insp Zulkefli bin Kamis

Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan
Sijil Penghargaan... Konst Abdul Hafiz bin Jamalul Ramlie menerima Sijil Penghargaan sambil diiringi bapanya, menggunakan kerusi roda kerana lumpuh separuh badan akibat terkena tembakan penjenayah.

Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan
L/Kpl Mat Asri bin Awang Ngah yang dianugerahkan pangkat P/Kpl bersama Konst Abdul Hafiz bin Jamalul Ramlie yang dianugerahkan pangkat L/Kpl, dari IPD Gombak

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.20 AMUpdated 15 Aug 2026 7.46 PM