Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Persatuan Keluarga Polis Perkep Jabatan Pengurusan Pdrm Mengadakan Sambutan Hari Patriotisme

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.19 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman telah mengadakan sambutan Hari Patriotisme sempena Bulan Kemerdekaan di Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu Kua..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persatuan-keluarga-polis-perkep-jabatan-pengurusan-pdrm-mengadakan-sambutan-hari-patriotisme
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:45 MYT

Kuala Lumpur- Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman telah mengadakan sambutan Hari Patriotisme sempena Bulan Kemerdekaan di Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2008.

Perkep Jabatan Pengurusan Bukit Aman mengorak langkah bijak dengan menyambut Hari Kemerdekaan Ke 51 bersama-sama anak-anak istimewa di sekolah itu.

Menurut Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah bt Hj. Bahari, Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan, program yang diatur ini amat bermakna, bukan sahaja kepada warga Perkep sendiri bahkan kepada anak-anak istimewa yang belajar di sekolah itu.

"Sambutan yang diadakan ini adalah lambang keprihatinan warga PDRM kepada anak-anak istimewa bahawa dalam kita menyambut Hari Kemerdekaan, kita tidak pernah melupakan mereka bahkan mahu sama-sama melaungkan 'Merdeka' bersama-sama mereka".

"Kita mahu suasana yang aman dan damai ini terus dikecapi bersama oleh semua lapisan masyarakat yang benar-benar cintakan negara ini, di samping menghargai hasil perjuangan dan pergorbanan pegawai dan anggota polis yang berkorban menpertahankan tanah air yang tercinta ini". Demikian kata Datin A'ain Zubaidah ketika berucap di majlis itu yang turut dihadiri oleh Hjh. Moryam bt Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lelaki, Jalan Batu, Kuala Lumpur.

Sebelum itu ketibaan rombongan Perkep Jabatan Pengurusan Bukit Aman itu, disambut oleh para guru dan paluan kompang dari para pelajar sekolah itu. Acara dimulakan dengan lagu "Negaraku".

Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur adalah sebuah sekolah yang menjalankan Program Khas Bermasalah Pembelajaran kepada kanak-kanak istimewa.

Kanak-kanak istimewa seramai 73 orang itu berumur di antara 6 hingga 14 tahun. Mereka menghidapi masalah seperti autistik, sindrome down, terencat akal, lembam, celebral palsy dan hiperaktif.

Sekolah itu terdapat 16 orang guru dan 7 pembantu pengurusan murid yang memulakan sesi persekolahan mulai jam 8.00 dan berakhir pada jam 11.30 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Menepati sambutan kemerdekaan, acara dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian, nyanyian dan sajak, persembahan oleh anak-anak istimewa itu.

Diakhir acara, Jalur Gemilang berkibar megah dengan iringan lagu Malaysiaku Gemilang, 31 Ogos, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia dinyanyikan secara beramai-ramai oleh para hadirin dan anak-anak istimewa di sekolah tersebut.

Persatuan Keluarga Polis Perkep Jabatan Pengurusan Pdrm Mengadakan Sambutan Hari Patriotisme
Hjh. Moryam bt. Omar menyampaikan cenderamata kepada Datin A'ain Zubaidah bt. Hj. Bahari sambil dikerumuni anak-anak istimewa.

Persatuan Keluarga Polis Perkep Jabatan Pengurusan Pdrm Mengadakan Sambutan Hari Patriotisme
Persembahan tarian anak-anak istimewa yang menghiburkan para hadirin

Persatuan Keluarga Polis Perkep Jabatan Pengurusan Pdrm Mengadakan Sambutan Hari Patriotisme
Persembahan nyanyian oleh anak-anak istimewa dari Persatuan Pengakap

Persatuan Keluarga Polis Perkep Jabatan Pengurusan Pdrm Mengadakan Sambutan Hari Patriotisme
Jalur Gemilang berkibar megah apabila lagu-lagu Jalur Gemilang, Malaysiaku Gemilang, 31 Ogos dan Keranamu Malaysia dinyanyikan secara beramai-ramai

Persatuan Keluarga Polis Perkep Jabatan Pengurusan Pdrm Mengadakan Sambutan Hari Patriotisme
Bergambar kenangan warga Perkep Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman bersama-sama warga pendidik dan anak-anak istimewa Sekolah Kebangsaan Lelaki, Jalan Batu, Kuala Lumpur

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.19 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM