Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penangkapan Peguam Berhubung Pemalsuan Dokumen Tanah

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.51 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Penangkapan seorang peguam berkenaan kes pemalsuan dokumen tanah yang dianggarkan membawa kerugian bernilai RM15 juta...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penangkapan-peguam-berhubung-pemalsuan-dokumen-tanah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:53 MYT
Bukit Aman - 27 September 2010. Satu sidang media telah disampaikan oleh YDH DCP Dato' Nooryah binti Anvar, Timbalan Pengarah I, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK). Ianya telah diadakan di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman pada jam 11.00 pagi hari ini.

Sidang media ini berkenaan dengan penangkapan seorang peguam, Tersaim Lall berumur 50 tahun yang terlibat dalam kes pemalsuan dokumen tanah yang bernilai RM15 juta. Suspek telah ditahan di rumahnya dekat Sunway, Subang Jaya lebih kurang jam 8.00 pagi hari ini dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan kes.

Berikut adalah jumlah tangkapan peguam di Malaysia.

NEGERI

JUMLAH TANGKAPAN (PEGUAM)

Selangor

10

Johor

8

Kuala Lumpur

4

Perak

3

Negeri Sembilan

3

Pulau Pinang

2

Kelantan

1

Kedah

4

Jumlah:

35 orang


Setakat ini seramai 35 orang peguam telah ditangkap di atas kesalahan yang sama. Kesemua kesalahan yang dilakukan adalah seperti penipuan, pecah amanah rumah, pemalsuan dokumen. Kebanyakan individu yang menjadi mangsa terdiri daripada mereka yang memiliki kekayaan.

Sebelum mengakhiri sidang media, YDH DCP Dato' Noryah memaklumkan, sehingga ke hari ini, seramai 290 peguam masih di dalam siasatan.

Penangkapan Peguam Berhubung Pemalsuan Dokumen Tanah
YDH DCP Dato' Nooryah binti Anvar memberi ulasan semasa sidang media di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman.

Penangkapan Peguam Berhubung Pemalsuan Dokumen Tanah
YDH DCP Dato' Nooryah sempat menjelaskan lebih terperinci tentang penangkapan peguam tersebut kepada wakil-wakil media yang hadir.
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.51 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM