Artikel
Kejayaan Sjn Sazali Abd Samad Dihargai
Satu Majlis Penyampaian Cek Insentif di atas kejayaan Sarjan Sokongan Sjn Sazali Abd Samad oleh PDRM telah berlangsung di tingkat 31, Menara 1 Bukit Aman...
Bukit
Aman - 27 September 2010. Satu Majlis Penyampaian Cek Insentif di atas
kejayaan Sarjan Sokongan Sjn Sazali Abd Samad oleh PDRM telah
berlangsung di Tingkat 31, Menara 1 Bukit Aman pada pagi ini.
Acara pagi ini di sempurnakan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara. Turut hadir meraikan kejayaan Sazali dalam acara penyampaian ini adalah YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism), YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai kanan dan atlet-atlet PDRM.
Penyerahan cek sebanyak RM5,000 ini merupakan peruntukan khas daripada Tabung Majlis Sukan PDRM sebagai insentif di atas kejayaan dan prestasi yang di capai oleh Sjn Sazali Abd Samad dalam mengharumkan nama negara dan PDRM.
YDH Ketua Polis Negara mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengelola Bina Badan PDRM di atas pencapaian dan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan dalam acara Sukan Bina Badan. Sukan Bina Badan merupakan satu aktiviti yang sememangnya menuntut tahap disiplin di dalam diri yang tinggi khususnya melalui latihan yang berterusan. Di peringkat kebangsaan, kita berbangga memiliki atlet bina badan PDRM yang bertaraf dunia. Beliau menyeru kepada anggota dan pegawai PDRM agar mengambil bahagian di dalam aktiviti sukan seumpama ini bagi memastikan warga PDRM mengamalkan cara hidup sihat serta berdisiplin tinggi.
YDH Ketua Polis Negara juga menyuarakan rasa bangga di atas kejayaan-kejayaan yang telah di lakarkan adalah hasil kualiti dan produk PDRM sendiri. Jaguh-jaguh yang mengambil bahagian seperti Sazali Samad telah mengangkat nama PDRM dan telah mengharumkan nama Malaysia. YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan dengan mengharapkan kejayaan ini akan membawa kepada satu perubahan dan pendekatan yang lebih bermakna kepada pencapaian yang lain dalam melahirkan seberapa ramai atlet sukan bina badan yang berpotensi, berkualiti, berdedikasi untuk mengharumkan nama Malaysia yang telah berjaya di lakukan oleh PDRM.

YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun bersalaman dengan atlet-atlet Bina Badan PDRM.

Barisan atlet Bina Badan PDRM yang hadir.

YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara juga turut hadir pada pagi ini.

Ucapan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Atlet-atlet PDRM mendengar ucapan YDH Ketua Polis Negara.

Upacara penyerahan Cek Insentif oleh YDH Ketua Polis Negara kepada Sjn Sazali Abd Samad