Article
Penangkapan Peguam Berhubung Pemalsuan Dokumen Tanah
Penangkapan seorang peguam berkenaan kes pemalsuan dokumen tanah yang dianggarkan membawa kerugian bernilai RM15 juta...
Bukit Aman - 27 September 2010. Satu sidang media telah disampaikan oleh YDH DCP Dato' Nooryah binti Anvar, Timbalan Pengarah I, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK). Ianya telah diadakan di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman pada jam 11.00 pagi hari ini.
Sidang media ini berkenaan dengan penangkapan seorang peguam, Tersaim Lall berumur 50 tahun yang terlibat dalam kes pemalsuan dokumen tanah yang bernilai RM15 juta. Suspek telah ditahan di rumahnya dekat Sunway, Subang Jaya lebih kurang jam 8.00 pagi hari ini dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan kes.
Berikut adalah jumlah tangkapan peguam di Malaysia.

| NEGERI | JUMLAH TANGKAPAN (PEGUAM) |
| Selangor | 10 |
| Johor | 8 |
| Kuala Lumpur | 4 |
| Perak | 3 |
| Negeri Sembilan | 3 |
| Pulau Pinang | 2 |
| Kelantan | 1 |
| Kedah | 4 |
| Jumlah: | 35 orang |
Setakat ini seramai 35 orang peguam telah ditangkap di atas kesalahan yang sama. Kesemua kesalahan yang dilakukan adalah seperti penipuan, pecah amanah rumah, pemalsuan dokumen. Kebanyakan individu yang menjadi mangsa terdiri daripada mereka yang memiliki kekayaan.
Sebelum mengakhiri sidang media, YDH DCP Dato' Noryah memaklumkan, sehingga ke hari ini, seramai 290 peguam masih di dalam siasatan.
.jpg)
Sebelum mengakhiri sidang media, YDH DCP Dato' Noryah memaklumkan, sehingga ke hari ini, seramai 290 peguam masih di dalam siasatan.
.jpg)
YDH DCP Dato' Nooryah binti Anvar memberi ulasan semasa sidang media di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman.

YDH DCP Dato' Nooryah sempat menjelaskan lebih terperinci tentang penangkapan peguam tersebut kepada wakil-wakil media yang hadir.