Pembuangan Undi Pos Peringkat Pdrm
Bukit Aman - 3 Mac 2008. Warga Polis Diraja Malaysia telah mula membuang 'Undi Pos' bermula hari ini.
Bagi PDRM, mengundi dilakukan serentak hari ini dan esok di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, semua Ibu Pejabat Polis Daerah, Pusat-Pusat Latihan Polis, Briged dan juga Pangkalan-pangkalan Polis seluruh Malaysia.
Ia melibatkan seramai 83,794 pegawai dan anggota termasuk 190 orang yang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste dan Thailand.
Bagi warga PDRM Bukit Aman, pembuangan Undi Pos telah dijalankan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, dimana seramai 1,129 orang telah membuang Undi Pos pada hari ini. Hadir membuang Undi Pos ialah YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi ADUN menjadi rebutan buat parti-parti politik di Malaysia bagi Pilihanraya Umum ke-12 yang akan ditentukan pada 8 Mac 2008.

Pegawai dan anggota PDRM yang bersedia untuk membuang Undi Pos di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman

Menunaikan tanggungjawab...

YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan membuang Undi Pos bagi Parlimen P.117 Segambut.