Subang - 3 Mac 2008. Sebanyak 45 buah kenderaan curi bernilai RM5 juta yang dirancang untuk diseludup ke Eropah dan Afrika Selatan ditemui semula di beberapa tempat termasuk di pelabuhan Republik Singapura.
Kejayaan itu adalah ekoran penahanan tiga suspek lelaki di Johor pada awal Disember 2007 yang turut membongkar kewujudan sindiket antarabangsa mencuri kenderaan di Malaysia yang dianggotai oleh 14 lagi suspek termasuk tiga warga Singapura.
Majlis Sidang Media, Serah Kenderaan Curi Kepada 17 Agensi Insurans di Pusat Lelongan Asia Pasifik (APAC), Jalan Lapangan Terbang Subang telah diadakan oleh YDH CP Dato' Mohd Bakri bin Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.
YDH Pengarah JSJ berkata, kenderaan tersebut dipercayai hendak diseludup ke Dubai dan Hong Kong melalui pelabuhan Singapura sebelum diedarkan ke pasaran Eropah dan Afrika Selatan.
Turut hadir di Sidang Media itu juga ialah YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah 1 JSJ dan YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor. Hadir sama Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai Penyiasat (IO) serta Penolong Pegawai Penyiasat (AIO) yang mengendalikan kes tersebut serta wakil-wakil agensi Insurans dan wakil-wakil media.

dari kanan...YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah 1 JSJ , YDH CP Dato' Mohd Bakri bin Zinin, Pengarah JSJ dan YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor semasa Sidang Media

Antara kenderaan-kenderaan mewah yang dicuri di Malaysia dan dibawa masuk ke Singapura
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Penyerahan Kenderaan Curi
Penyerahan Kenderaan Curi Malaysia yang dijumpai di Singapura..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyerahan-kenderaan-curi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.