Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pecah Tanah Kompleks Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh

Diterbitkan: 09 Jun 2014 5.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Projek pembangunan Kompleks Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh ini melibatkan keluasan 40 ekar..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pecah-tanah-kompleks-pangkalan-latihan-unit-udara-polis-ipoh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:32 MYT
poh - 21 Februari 2008. Majlis Pecah Tanah Kompleks Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh, Perak telah disempurnakan oleh YB Dato' Ramly bin Zahari, Exco Kerajaan Negeri Perak yang mewakili Menteri Besar Perak

Hadir dimajlis tersebut ialah Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YB Dato' Dr. Abdul Rahman bin Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YDH SAC I Dato' Jamaludin bin Hj. Khalid, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak, YDH SAC II Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua Unit Udara Polis, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta dif-dif jemputan.

Unit Udara Polis Diraja Malaysia mempunyai kekuatan seramai 111 orang pegawai dan 254 orang anggota, berperanan atau diberi tanggungjawab untuk melengkapkan tugas-tugas 'Policing' bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus terjamin. Unit Udara Polis Diraja Malaysia memiliki sebanyak 24 buah pesawat iaitu 14 buah kapalterbang jenis Cessna 172 SP, Cessna Caravan CE 208 dan Pilatus Porter PC 6 B2 H4 serta 10 buah helikopter jenis Ecureuil AS 355N dan AS 355 F2 yang ditempatkan di empat Pangkalan Unit Udara Polis Diraja Malaysia. Empat Pangkalan tersebut ialah Pangkalan Unit Udara Polis Sungai Besi, Pangkalan Unit Udara Polis Kota Kinabalu, Pangkalan Unit Udara Polis Kuching dan Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh.

Pangkalan Latihan Unit Udara Polis yang telah beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah telah dibina pada bulan Jun 1991, iaitu selama 17 tahun. Dengan kekuatan seramai 5 orang pegawai dan 19 anggota serta dilengkapi dengan 4 buah pesawat jenis Cessna 172 SP, telah berjaya melatih seramai 72 Juruterbang dan 43 Pemerhati Udara sejak penubuhannya.

Projek pembangunan Kompleks Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh ini melibatkan keluasan 40 ekar bekas tanah Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. Pangkalan Latihan yang baru ini akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti berikut:
- Pejabat Pentadbiran
- Dewan Kuliah
- Bangunan Asrama
- Bangunan Hanger
- Menara Komunikasi
- Bengkel
- Depo minyak
- Apron laluan Kapal terbang dan ' Taxiway '
- Dewan Serbaguna
- Padang Kawat
- Surau
- Tadika
- Kafeteria
- Kuarters Pegawai dan Anggota
- Pusat Aktiviti Sukan seperti padang bola sepak, gelanggang tenis, bola tampar dan sepak takraw.

Antara intipati ucapan YDH Timbalan Ketua Polis Negara, beliau berharap dengan pembinaan Kompleks yang baru ini akan dapat meningkatkan lagi keazaman dan prestasi kerja ke tahap yang lebih cemerlang dan efisen setanding dengan institusi latihan penerbangan swasta yang lain. Beliau juga berkata, kompleks ini juga akan dapat melahirkan juruterbang-juruterbang Polis Diraja Malaysia yang berkualiti demi memperkasakan keupayaan pasukan Polis Diraja Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang negara.

Majlis Pecah Tanah Kompleks Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh
YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada YB Dato' Ramly bin Zahari, Exco Kerajaan Negeri Perak Darul

Majlis Pecah Tanah Kompleks Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh
Acara Penyerahan Kunci

Majlis Pecah Tanah Kompleks Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh
Upacara Majlis Pecah Tanah...hadir sama Y.Bhg. Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN)

Majlis Pecah Tanah Kompleks Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh
Menyaksikan rekabentuk Kompleks Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Ipoh Perak yang menelan belanja lebih 100 juta, yang akan dibina oleh kontraktor utama, Wego Sdn Bhd dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2010.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 5.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM