Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Dalam penugasan kepolisan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelancaran-program-gaya-hidup-sihat-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 06:23 MYT
Kuala Lumpur - 26 Mac 2011

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Dalam penugasan kepolisan yang sentiasa terdedah kepada risiko dan tekanan, keperluan gaya hidup sihat adalah menjadi amat penting. Hanya dengan gaya hidup sihat, seseorang anggota polis dapat mengurangkan impak masalah-masalah kesihatan.

Melihat pada trend yang membimbangkan ini, satu pelancaran program gaya hidup sihat PDRM telah berlangsung di PULAPOL Kuala Lumpur pagi ini. Pelancaran selama sehari ini dirasmikan oleh YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar Ketua Polis Negara.

Program pagi ini dimulakan dengan sesi senamrobik yang dijalankan di Dataran Kawad PULAPOL. Turut hadir dalam program pada pagi ini adalah Y.Bhg Puan Sri Hajjah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH Datuk Hussin bin Hj. Ismail Timbalan Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Datin Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Dr. Lokman Hakim bin Sulaiman, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia, Y.Bhg Profesor Madya Dato' Dr. Mohd Ramzisham bin Abdul Rahman, Pengarah Pusat Jantung/Paru-paru dan Pakar Perunding Bedah Jantung/Paru-paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Gaya Hidup Sihat PDRM 2011, Datuk Seri, Dato'-Dato' Pengarah PDRM serta Y.Bhg Datin-Datin, Timbalan-timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Dif-dif jemputan dan wakil-wakil Media.

Sepanjang tahun 2010, sebanyak 657 kes yang melibatkan sakit jantung telah direkodkan di kalangan pegawai, anggota, kakitangan awam, pesara dan keluarga warga PDRM. Pada tempoh yang sama, sebanyak 111 kes kematian telah dicatat. Ini merupakan satu kadar signifikan yang perlu diberi perhatian. Disamping itu juga, trend yang membimbangkan juga dilihat dalam kes-kes penyakit darah tinggi serta penyakit diabetis.

Merujuk kepada fakta ini, PDRM telah merangka 'Program Gaya Hidup Sihat PDRM' dengan harapan untuk mencapai wawasan "Polis Sihat Masyarakat Selamat" berkonsepkan amalan membudayakan gaya hidup sihat dan cergas di kalangan warga PDRM. Program Gaya Hidup Sihat PDRM ini akan dipanjangkan ke seluruh kontinjen. Objektif utama program ini adalah :-
  • Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan menjaga tahap kesihatan yang baik serta mengamalkan aspek-aspek penting dalam kecergasan untuk mendorong perubahan kepada cara hidup yang lebih positif kepada semua warga PDRM;
  • Menimbulkan kesedaran dan menentukan setiap warga PDRM membudayakan gaya hidup sihat dan cergas serta mencapai taham Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan melebihi 60% seperti yang ditetapkan dalam standard;
  • Menyediakan garis panduan dalam menyusun atur program-program kesihatan dan kecergasan secara berstruktur, tersusun dan berterusan.
"Sebagai agensi penguat kuasa undang-undang, PDRM memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Dengan membudayakan kehidupan sihat sepanjang hayat, saya yakin warga PDRM mampu mendidik diri serta mendisiplinkan diri untuk mengamalkan gaya hidup sihat demi menggalas amanah dan tanggungjawab yang diamanahkan", YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan perasmian beliau seterusnya melancarkan Buku Panduan Gaya Hidup Sihat PDRM.

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Ketibaan YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Gaya Hidup Sihat PDRM 2011

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Ketibaan YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara diiringi oleh YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Gimik sebelum bermulanya senamrobik...di ruang udara, Lintas Hormat 4 buah para motor oleh anggota 69 Komando

Senamrobik diketuai oleh KPL Aswadi Ibrahim bersama jaguh bina badan

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Majlis pelancaran program di Dewan Banquet PULAPOL

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Antara yang hadir selepas sesi senamrobik pagi ini

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
AJK pendaftaran pemeriksaan daripada Majlis Sukan PDRM

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Pengerusi Majlis...C/insp Saipul Anuar Razali dan C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Penyakit pembunuh senyap... Taklimat ringkas daripada Y.Bhg. Profesor Madya Dato' Dr. Mohd Ramzisham bin Abdul Rahman, Pengarah Pusat Jantung/Paru-paru dan Pakar Perunding Bedah Jantung/Paru-paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Panduan dalam pengambilan gizi yang seimbang... Taklimat ringkas oleh Y.Bhg Pn Masrisa binti Mohd Esa, Pegawai Sains (Zat Makanan) Poliklinik Komuniti Tanglin

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Ucapan pelancaran YDH Ketua Polis Negara

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Pelancaran Buku Panduan Gaya Hidup Sihat PDRM disaksikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah Pengurusan PDRM

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Sidang media bersama YDH Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Lawatan ke tempat pemeriksaan kesihatan dan pameran
Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Lawatan ke pertandingan resepi makanan sihat

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Johan... PERKEP Narkotik

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Tempat ke-2 dimenangi oleh PERKEP Petugas Khas

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Pdrm
Tempat ke-3 dimenangi oleh PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting             : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM