Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Petaling Jaya - 26 Mac 2011. PDRM-204 Tahun 'Melindungi Masyarakat Dan Negara'. Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 tahun 2011 telah diadakan dengan penuh adat istiadat di Hotel One World, ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-mes-sempena-peringatan-hari-polis-ke-204
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:25 MYT

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

 

Petaling Jaya - 26 Mac 2011.  Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun 2011 telah diadakan dengan penuh adat istiadat di Hotel One World, Bandar Utama Petaling Jaya Selangor, bermula pada jam 8.00 malam. Majlis Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204, bertemakan PDRM-204 Tahun Melindungi Masyarakat Dan Negara, adalah anjuran Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism).

Tetamu istimewa pada malam itu ialah YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri bersama YM Tengku Datin Seri Marsila binti Tengku Abdullah, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan bersama Datin Seri Hamidah binti Khamis, Yang Berbahagia Dato' Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia bersama Yang Berbahagia Datin Sri Dato' Zuraidah binti Haji Mohamed, Yang Amat Berbahagia Tun Mohammed Hanif bin Omar Mantan Ketua Polis Negara bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Hamidah binti Abdul Hamid, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Azizan bin Arifin Panglima Angkatan Tentera bersama Yang Amat Berbahagia Puan Sri Noorainee binti Abd Rahim,

Turut memeriahkan majlis adalah YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara (Yang DiPertua Mes) dan Y.Bhg. Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Datin Nur Habibah binti Hatim, YB Timbalan-timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Pengarah-Pengarah PDRM dan isteri, Ketua-Ketua Polis Negeri, Komander-Komander, Komandan-Komandan serta Pegawai-Pegawai Kanan dan isteri.

Malam Mes Pasukan Polis Diraja Malaysia adalah tradisi warisan budaya tinggi dan peradaban mulia yang menjadi landasan rasmi untuk memupuk semangat hormat menghormati dan saling mempercayai di kalangan pegawai-pegawai kanan. Majlis makan malam beradab ini turut menjadi amalan tradisi Polis Diraja Malaysia semenjak kewujudannya 204 tahun lalu dan ternyata berupaya membentuk peribadi mulia, disiplin formasi dan karakter kepemimpinan pegawai polis, khususnya dalam membentuk budaya 'command and control' secara penuh adab yang tinggi dan semangat berpasukan yang kental di kalangan Pegawai-Pegawai Kanan PDRM.

"Dengan semangat setia kawan dan kepercayaan adalah teras kecemerlangan Polis Diraja Malaysia, majlis sebegini akan menyuburkan semangat persaudaraan selain membenihkan nilai-nilai murni dalam etika kepolisan sesama kita, lebih-lebih lagi sebagai contoh suri tauladan bagi para pegawai muda polis yang masih mencari makna dan hakikat diri sebagai seorang pegawai polis", antara ucapan  YDH Ketua Polis Negara.

Selain bertujuan mengeratkan silaturrahim di kalangan 'Officer Corp', majlis ini juga berupaya membina semangat hubungan kekeluargaan yang asli seumpama layaknya sebuah pasukan bergelar Diraja yang bermaruah. Di sinilah jua besarnya erti isteri-isteri pemimpin dan pegawai pasukan yang bersatu dalam Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) kepada institusi PDRM yang menghargai tradisi Pasukan yang jarang dapat dinikmati oleh warga lain-lain agensi kerajaan. Inilah bukti komitmen warga PDRM dalam menentukan tradisi PDRM ini terus kekal mengharungi arus zaman.

Gambar-gambar semasa Majlis Malam Mes Peringatan Hari Polis Ke 204.
Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204

Berita dan gambar : L/Kpl Khaidzir bin Mahmad
Penyunting            : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM