Pelancaran Ops Sikap Xvi 2008 Dan Kempen Lebuhraya Besraya Npe Sempena Sambutan Tahun Baru Cina
Selangor - 26 Januari 2008. Majlis Pelancaran OPS SIKAP XVI (enam belas) 2008 dan Kempen Lebuhraya Besraya & NPE Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2008 telah di anjurkan bersama syarikat konsesi Besraya (M) Sdn Bhd dan syarikat konsesi New Pantai Expressway Sdn Bhd bertempat di South City Plaza Seri Kembangan. Pihak Besraya dan NPE juga bekersama dengan pihak penganjur rasmi South City Plaza, Automobil Assaciation of Malaysia (AAM), Bank Rakyat dan Jerneh Insurance Bhd.
Majlis telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA). Hadir dimajlis tersebut ialah YB Dato' Yap Pian Hon, Ahli Parlimen Serdang, Y.Bhg. Dato' Sri Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul, Pengarah Besraya (M) Sdn Bhd, Y.Bhg. Ir Haji Mohd Suhaimi bin Hassan, Pengarah Kawalselia Penyenggaraan, Lembaga Lebuhraya Malaysia, YDH SAC II Dato' Haji Hamza bin Taib, Ketua Trafik Pasukan PDRM, YDH SAC I Dato' Jamshah bin Mustapa, Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH SAC II Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Y.Bhg. Encik Neoh Soon Hiong, Pengarah Urusan Besraya dan New Pantai Expressway (NPE) Sdn. Bhd, Y. Bhg Encik Koh Say Kok, Pegawai Operasi Ecofirst Consolidated Bhd, Dif-dif jemputan dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Dalam tempoh lima tahun, seramai 31,283 orang telah menemui ajal di jalanraya. Semenjak Ops Sikap I dilancarkan pada tahun 2002 sehinggalah Ops Sikap XV (lima belas), sebanyak 181,968 kemalangan jalanraya telah direkodkan dengan jumlah kematian seramai 3,033 orang, daripada sejumlah 2,755 kemalangan maut. Walaupun PDRM melakukan pelbagai cara untuk meminimunkan kadar kemalangan dan jumlah kematian pengguna jalanraya, tetapi angka kemalangan yang dicatitkan adalah amat tinggi, dengan jumlah purata kemalangan melebihi 200 orang pada setiap kali Ops Sikap di adakan.
Majoriti kemalangan tersebut adalah berpunca daripada sikap pengguna jalanraya itu sendiri, melanggar peraturan yang ditetapkan, diantaranya ialah
- Memotong dengan cara merbahaya
- Memandu melebihi had laju yang ditetapkan
- Cuai keluar masuk simpang
- Cuai ketika melintas jalan
- Mengantuk, leka, letih, berhenti dengan mengejut dan sebagainya.
Dalam ucapan oleh YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah KDN/KA, beliau berharap orang ramai dan pengguna jalanraya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang lalulintas, mematuhi panduan yang diberikan oleh petugas-petugas trafik dan yang terpenting ialah sentiasa bersabar dan tidak mementingkan diri ketika berada dijalanraya.
Di majlis itu juga , YDH Pengarah KDN/KA telah membuat lawatan ke Tapak Pameran Kempen Keselamatan Lebuhraya & Pemeriksaan Kenderaan oleh AAM, persembahan menarik dari Gendang Sembilan oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra, Banting, persembahan kompang, persembahan dari Pertubuhan Pencinta Alam Antrabangsa, Drum Cina, Sekolah Muzik Lee Wei Song dan nyanyian oleh Shining Sister.

YDH CP Dato' Hussin bin Ismail, Pengarah KDN/KA memukul gendang sebanyak 3 kali bagi menandakan bermulanya Pelancaran Ops Sikap ke 16 (XVI)

Simbolik masyarakat Cina....sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang

YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail melawat gerai Automobil Association of Malaysia (AAM)