Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengarah Jabatan Pdrm
Bukit Aman- 24 Januari 2008. Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah-Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia dan Penyerahan Tongkat Kuasa telah di adakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman. Di majlis itu juga di adakan majlis menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM dan juga Majlis Pemakaian Lencana Pangkat.
Hadir di majlis tersebut, YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Datin Suriati binti Mohd Sobri, Pengarah-pengarah PDRM dan isteri, Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawa-pegawai Kanan serta ahli-ahli PERKEP.
Buat julung kalinya, Majlis Serah Terima Tugas ini melibatkan jawatan empat jawatan Pengarah iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).
Di majlis itu, YDH Dato' Hussin bin Hj. Ismail, YDH Dato' Zulhasnan Najib bin Baharudin dan YDH Dato' Koh Hong Sun telah dinaikan pangkat ke Komisioner Polis (CP) dan menjawat jawatan sebagai Pengarah KDNKA, Pengarah JSJN dan Pengarah JSJK. YDH Dato' Mohd Bakri bin Zinin, yang sebelum ini Pengarah JSJN telah dilantik menjawat jawatan Pengarah JSJ.

YDH Ketua Polis Negara telah memakaikan lencana pangkat CP kepada YDH Dato' Zulhasnan Najib Bin Baharudin. YDH CP Dato' Zulhasnan Najib bin Baharudin akan menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Sebelum ini beliau menjawat jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur.

YDH CP Dato' Koh Hong Sun. (Ketua Polis Pulau PInang) akan menjawat jawatan Pengarah Jabatan SIasatan Jenayah Komersil

YDH SAC I Dato' Nooryah bt. Md. Anvar, Timbalan Pengarah (D1) Perancangan/Strategi, JSJ Bukit Aman telah dinaikkan pangkat DCP dengan jawatan Timbalan Pengarah 1, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

kanan...YDH CP Dato' Husin bin Hj. Ismail (Ketua Polis Johor) menerima 'Tongkat Kuasa' daripada YDH SAC I Dato' Jamaluddin bin Haji Khalid dan menjawat jawatan Pengarah KDN/KA

kanan...YDH CP Dato' Mohd Bakri bin Zinin menerima 'Tongkat Kuasa' daripada pemangku Pengarah JSJ, YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani sambil disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara

Barisan kepimpinan PERKEP Malaysia yang baru.