Lawatan Y A Bhg Datin Seri Jeanne Binti Abdullah Isteri Perdana Menteri Malaysia Ke Perkep Bukit A
30
Januari 2008 - Y.A.Bhg. Datin Seri Jeanne binti Abdullah, isteri
Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan ke PERKEP Bukit Aman
dan telah merasmikan Rumah Tetamu PERKEP.
Hadir
di majlis tersebut ialah, YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan,
Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad,
Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan
Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Datin Suriati binti Md. Sobri, Naib
Pengerusi PERKEP Malaysia. Turut hadir YDH Pengarah-Pengarah PDRM dan
isteri, Pegawai-pegawai Kanan serta ahli-ahli PERKEP.
Di
majlis tersebut juga telah di adakan demontrasi kraftangan PERKEP di
Rumah PERKEP Malaysia, lawatan ke Dewan Serbaguna PERKEP, persembahan
video klip dan juga persembahan oleh ahli-ahli PERKEP.

Y.A.
Bhg. Datin Seri Jeanne binti Abdullah, isteri Perdana Menteri Malaysia
memoton riben sempena perasmian Rumah Tetamu PERKEP sambil diiringi oleh
Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, isteri Ketua Polis Negara

Tandatangan...Y.A. Bhg. Datin Seri Jeanne binti Abdullah menandatangani Buku Pelawat

Y.A. Bhg. Datin Seri Jeanne binti Abdullah melawat Rumah PERKEP Malaysia sambil melihat demontrasi kraftangan

kiri...YDH
CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah JSJK dan YDH IG Tan Sri Musa bin Dato'
Haji Hassan, Ketua Polis Negara, Y.Bhg. Datin Suriati binti Md. Sobri,
Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Y.Bhg. Datin Cindy Koh bersama
Y.A. Bhg. Datin Seri Jeanne binti Abdullah, isteri Perdana Menteri
Malaysia