Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelancaran Inisiatif Bandar Selamat Ara Damansara

Diterbitkan: 10 Jun 2014 12.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sehubungan itu, Sime Darby Property Berhad telah membangunkan sebuah Balai Polis Komuniti yang berharga lebih RM1 juta di kawasan Ara Damansara. Balai yang dibina di atas tanah seluas 2.64 ekar ini ju..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelancaran-inisiatif-bandar-selamat-ara-damansara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:39 MYT

Petaling Jaya- 21 Julai 2009. Majlis Pelancaran "Inisiatif Bandar Selamat Ara Damansara" dan Perasmian Balai Polis Ara Damansara telah diadakan di hadapan Balai Polis Ara Damansara.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dato' Seri Ahmad Zubir bin Hj Murshid, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Property Berhad, Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Putra Badlishah Ibni Tungku Annuar, Pengarah Urusan Sime Darby Property Berhad, YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Khas (Operasi Counter/Terrorism), Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM serta Dif-dif jemputan.

Majlis yang penuh bermakna ini memberikan gambaran kerjasama yang baik antara sektor swasta, iaitu Sime Darby Property Berhad dan juga Polis Diraja Malaysia. Sime Darby sebagai sektor swasta yang juga pemaju kepada kawasan perumahan Ara Damansara telah memainkan peranan yang lebih signifikan dan bermakna kepada usaha menentukan keselamatan komuniti di Ara Damansara.

Sehubungan itu, Sime Darby Property Berhad telah membangunkan sebuah Balai Polis Komuniti yang berharga lebih RM1 juta di kawasan Ara Damansara. Balai yang dibina di atas tanah seluas 2.64 ekar ini jugadisiapkan prasarana1 pangsapuri kos sederhana dan 2 unit pangsapuri kos rendah. Selain itu, kawasan perbandaran seluas 762 ekar ini juga dilengkapkan dengan 22 sistem CCTV yang mempunyai jalin hubung terus dengan Balai Polis Komuniti Ara Damansara dan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya. Sime Darby juga komited menyerahkan 3 buah kenderaan untuk kegunaan anggota polis Balai Polis Ara Damansara membuat rondaan cegah jenayah, dalam memastikan kes jenayah dan suasana keseluruhan, keselamatan dan ketenteraman awam berada di tahap yang terbaik.

Balai Polis Komuniti ini akan diketuai oleh seorang anggota berpangkat Sarjan sebagai Ketua Polis Balai, dibantu seorang Koperal serta 6 anggota.

"Dengan sejumlah 12,000 orang penduduk di kawasan ini, nisbah penduduk dengan kekuatan anggota terlalu tinggi, saya harap dengan pelbagai kemudahan yang disediakan dan semangat untuk berkhidmat yang sentiasa berada dalam diri mereka akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua penduduk di Ara Damansara" kataYDH Timbalan Ketua Polis Negara, semasa memberikan ucapan.

Beliau juga berharap semua penduduk Ara Damansara bersama-sama berganding bahu bagi mewujudkan satu suasana yang aman dan selamat. "Manfaatkanlah sepenuhnya perkhidmatan Balai Polis ini untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi sebaik mungkin".

Pelancaran Inisiatif Bandar Selamat Ara Damansara
Sidang Akhbar...

Pelancaran Inisiatif Bandar Selamat Ara Damansara
Antara tetamu jemputan yang hadir

Pelancaran Inisiatif Bandar Selamat Ara Damansara
Ucapan Pelancaran oleh YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Pelancaran Inisiatif Bandar Selamat Ara Damansara
Penyerahan Kunci ...Pelancaran 'Inisiatif Bandar Selamat Ara Damansara'

Pelancaran Inisiatif Bandar Selamat Ara Damansara
YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein menepung tawar kenderaan yang disumbangkan oleh Sime Darby Property Berhad kepada Balai Polis Komuniti Ara Damansara

Pelancaran Inisiatif Bandar Selamat Ara Damansara
Lintas Hormat kenderaan pasukan Polis Diraja Malaysia

Pelancaran Inisiatif Bandar Selamat Ara Damansara
Team gerak cepat yang menggunakan motosikal 'Scramble'

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 12.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM