Pameran Kerjasama Pdrm Bersama Kelab Lion Tahun 2009
Kuala Lumpur - 19 Julai 2009 - Pameran Kerjasama PDRM Bersama Kelab Lions Tahun 2009 telah berlangsung selama 3 hari di Concourse Area, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Kelab Lions Malaysia adalah sebuah kelab yang menumpukan pada menyediakan khidmat sosial dalam negara, perkhidmatan kebajikan kepada warga yang kurang bernasib baik dan juga menyediakan latihan kepimpinan kepada belia-belia. Kelab Lions Malaysia juga adalah ahli kepada Kelab Lions Antarabangsa yang mempunyai 1.3 juta ahli dari 45,000 buah kelab yang mengembang merentasi 205 buah negara.
Kelab Lions Malaysia telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia sejak termeterinya MoU pada tahun 1991. Sehubungan dengan kerjasama itu, kedua-dua pihak telah berganding bahu menganjurkan beberapa program seperti pencegahan jenayah, dadah, gangsterism di sekolah, keselamatan jalan raya, khidmat sosial dan skim kejiranan.
Pameran yang diaturkan oleh Kelab Lions Malaysia ini telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Hadir sama ialah Datuk Danny Ooi, sebagai Gabenor Daerah Kelab Lions Antarabangsa, Daerah 308B, YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH Dato' Timbalan-timbalan Pengarah PDRM serta Dif-dif jemputan dari Kelab Lions Malaysia.
Pameran yang diadakan ini bertujuan mewujudkan kesedaran dan perfahaman masyarakat dalam usaha bersama mencegah jenayah. Antara gerai-gerai pameran yang mengambil bahagaian ialah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Makmal Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, HEA Bukit Aman, HEA-Rakan Cop IPK Kuala Lumpur, Muzium PDRM serta beberapa gerai dari kelab Lions. Selain itu persembahan kebudayaan juga dipertontonkan kepada pengunjung yang hadir serta demo 'kes ragut' oleh PDRM.

Ucapan Aluan oleh YDH Ketua Polis Negara

Antara YDH Timbalan-timbalan Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang turut hadir

YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Hj Hassan bersama Y.Bhg. Datuk Danny Ooi melancarkan pameran di Times Square.

Kelab Lions menyumbang 4 buah kerusi roda kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Orang ramai mendaftar sebagai ahli rakan Cop di gerai HEA-Rakan Cop IPK Kuala Lumpur

YDH Ketua Polis Negara bergambar kenangan dengan belia-belia pekak dan bisu.