Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman

Diterbitkan: 10 Jun 2014 12.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Membaca Al-Quran merupakan semulia-mulia ibadah sebagaimana dinyatakan oleh hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Na'im yang bermaksud 'Amal Ibadah Yang Paling Afdal Ialah Membaca Al-Quran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-tilawah-al-quran-peringkat-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:40 MYT

Bukit Aman - 23 Julai 2009. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman hari ini bermula jam 10.00 pagi.

Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara. Turut hadir bersama beliau ialah Y.Bhg. Puan Sri Hjh. Suriati binti Md Sobri.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH CP Datuk Seri Ramli bin Sha'ari  Pengarah Cawangan Khas, YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin Pengarah JSJ Narkotik, P/DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan LTAB) KDN/KA, YDH DCP Dato' Nooryah binti Md Anvar Timbalan Pengarah 1 JSJ Komersil, YDH SAC I Dato' Hj. Zamri bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman, Dif-dif jemputan serta Pegawai-pegawai Kanan, anggota serta kakitangan awam Bukit Aman.

Majlis Tilawah Al-Quran yang diadakan pada pagi ini bukan sahaja bertujuan untuk mencari seorang wakil qari dan qariah untuk mewakili Bukit Aman ke majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM tetapi juga adalah berhasrat untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di kalangan peserta dan juga dapat memberi manfaat kepada hadirin yang hadir supaya dapat menghayati kandungan ayat-ayat suci tersebut.

Sesungguhnya Al-Quran merupakan kitab mukjizat yang sewajarnya mesti dimartabatkan oleh setiap umat Islam. Membaca Al-Quran merupakan semulia-mulia ibadah sebagaimana dinyatakan oleh hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Na'im yang bermaksud "Amal Ibadah Yang Paling Afdal Ialah Membaca Al-Quran".
"Sesiapa Yang Membaca Satu Huruf Dari Kitab ALLAH, ALLAH Akan Menulis Baginya Satu Hasanah (Kebaikan), Satu Hasanah Itu Pula Akan Digandakan Sepuluh Kali Ganda Sepertinya" (Riwayat Al-Bukhari dari Ibnu Mas'ud)

Seramai 5 orang qari dan 4 orang qariah telah memperdengarkan bacaan mereka pada pagi ini. Keputusan telah diumumkan oleh Y.Bhg. Tuan Azizan bin Shaari, Pengerusi Jemaah Hakim.

Johan Qari       - SI Hj. Mohd Tahir bin Malik               Markah 78%    
Naib Johan       - Azwan bin Tamin                             Markah 77%     
Ketiga              - Baharom bin Rejab                          Markah 64%    

Johan Qariah    - Roosni bin Harudin                          Markah 78%    
Naib Johan       - SM Sa'adiah binti Hj. Md Dewi           Markah 70%
Ketiga              - Hajah Khadijah binti Mat Repah        Markah 67%

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman
Ucapan Perasmian oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman
YDH Dato' Pengarah, Dato'-Dato' Timbalan Pengarah serta pegawai kanan yang turut hadir

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman
kanan...Y.Bhg. Puan Sri Hjh. Suriati binti Md Sobri, isteri YDH Timbalan Ketua Polis Negara juga turut hadir

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman
Antara warga kaum wanita Bukit Aman yang hadir

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman
Kusyuk mendengar bacaan Al-Quran peserta...

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman
Persembahan Nasyid  Kumpulan Al-Najwa, Desa Baiduri  Cheras

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman
Johan Qari...SI Hj. Mohd Tahir bin Malik memperdengarkan bacaan Surah Al-Baqarah , Ayat 44

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman
Johan Qariah, Hajah Roosni bin Harudin dari Jabatan Pengurusan

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman
YDH SAC I Dato' Zamri bin Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 12.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM