Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pegawai Dan Anggota Briged Tenggara Pga Ke Timor Leste

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Cheras, 27 Oktober 2009 - Seramai 136 orang pegawai dan anggota Formed Police Unit (FPU) Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan United Nations Police (UNPOL) dihantar bertugas menjaga keamanan d..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pegawai-dan-anggota-briged-tenggara-pga-ke-timor-leste
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:14 MYT

Cheras, 27 Oktober 2009 - Seramai 136 orang pegawai dan anggota Formed Police Unit (FPU) Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan United Nations Police (UNPOL) dihantar bertugas menjaga keamanan di bawah Misi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste.

Kontinjen Briged Tenggara PGA, diketuai oleh DSP Lee Kam Choy selaku Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Kuantan itu akan mengambil alih penugasan daripada Kontinjen Briged Tengah PGA yang tamat misi mereka selama 6 bulan di Timor Leste.

"Pemergian ini menjadikan anda sebagai ahli pasukan pengaman dengan menjalankan tugas yang digariskan oleh PBB, oleh itu hendaklah mematuhi dan patuh kepada arahan tersebut. Ingatlah kepada pepatah 'di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung'.

"Dalam lawatan kerja saya bersama YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Tan Sri Haji Hassan Ketua Polis Negara ke Timor Leste baru-baru ini, para pemerintah di sana telah memuji perkhidmatan yang diberikan oleh PDRM terutamanya kehadiran Pasukan Gerakan Am yang melaksanakan tugas berkonsepkan 'Community Policing’ dan berjiwa murni".

Demikian kata YDH Dato' Abdul Rahman Hussin, Timbalan Pengarah 1 Jabatan KDN/KA, ketika berucap meraikan pemergian Kontinjen Briged Tenggara PGA ke Timor Leste di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Cheras, Selangor.

Tambah YDH Dato' Abd. Rahman lagi, walau pun anda bertugas di bawah Panji PBB, namun tetap tertakluk kepada arahan yang sedia ada dalam pasukan.

"Anda tetap tertakluk kepada Seksyen 11 Akta Polis 1967 dan Perintah Am Bab 'D', Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Jangan sesekali mencemarkan imej pasukan dan negara", ujar Dato’ Abddul Rahman di majlis yang bersejarah itu yang turut dihadiri oleh YDH Dato' Abd. Rahim Jaafar, Komander Briged Tenggara PGA dan YDH Dato' Rosli Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA.

Sekiranya terdapat di antara mereka gagal mematuhi arahan yang ditetapkan, tempoh penugasan mereka akan ditamatkan dengan serta merta dan dihantar pulang ke tanahair dengan perbelanjaan sendiri. Seterusnya tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka.

Sepanjang tempoh mereka bertugas di Timor Leste, kebajikan ahli keluarga mereka juga akan sentiasa diberikan perhatian serius oleh pasukan dan rakan sepasukan agar mereka dapat berkhidmat dengan penuh komited.

Pegawai Dan Anggota Briged Tenggara Pga Ke Timor Leste
YDH Dato' Rahman bersama pegawai kanan mengucapkan selamat jalan kepada pegawai dan anggota yang ditugaskan ke Timor Leste.

Pegawai Dan Anggota Briged Tenggara Pga Ke Timor Leste
YDH Dato' Rahman Hussin, Timbalan Pengarah I, JAbatan KDN/KA sedang menyampaikan amanat kepada Pegawai dan Anggota yang menyertai Misi PBB di Timor Leste.

Pegawai Dan Anggota Briged Tenggara Pga Ke Timor Leste
Pegawai kanan dan anggota yang diraikan sedang mendengar amanat sebelum berangkat ke Timor Leste.

Pegawai Dan Anggota Briged Tenggara Pga Ke Timor Leste
Bergambar kenangan beramai-ramai sebelum berangkat ke Timor Leste

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM