Petaling Jaya - 24 Oktober 2009. Program "Face To Face" antara Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dengan penduduk setempat telah berlangsung di Padang Permainan Seksyen 2, Sea Park Petaling Jaya. Program ini berkonsepkan "Hari Bertemu Pelanggan" yang mana telah mendapat sambutan dan respon daripada masyarakat.YDH ACP Arjunaidi Bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya telah melaksanakan program tersebut dengan turun padang sebagai satu usaha berkomunikasi, perbincangan dua hala yang dilakukan secara santai.
Pendekatan ini dilakukan demi mengenalpasti masalah keselamatan, memahami keadaan, pendapat dan kritikan daripada penduduk setempat. Secara tidak langsung pihak polis dapat menilai keberkesanan penugasan yang telah diaturkan dan menilai kepuasan penduduk. Program ini menjadi satu jambatan dengan mewujudkan jalinan kerjasama polis dengan masyarakat seterusnya mengeratkan hubungan antara pegawai kanan dan anggota sendiri. Selain daripada Ketua Polis Daerah, Timbalan Ketua Polis Daerah, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota polis juga turut turun padang bagi menjayakan program tersebut.
Disamping perbincangan, di adakan juga pameran-pameran pencegahan jenayah dari Bahagian Hal Ehwal Awam Bukit Aman, Cawangan Trafik, Cawangan Narkotik Petaling Jaya, Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pada masa sama, pengunjung juga diberi peluang bergambar dan menunggang kuda yang dibawa khas oleh Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras dan pertunjukkan Unit Anjing Pengesan K9, Jabatan Siasatan Jenayah.

Jinak... Pengunjung membelai salah seekor anjing Unit Pengesan (K9).

Cawangan Trafik turut mempamerkan motosikal yang digunakan oleh anggotanya

YDH ACP Arjunadi bin Mohamed Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sedang melayan seorang pengunjung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya juga turut sama hadir

Kaunter pendaftaran dibuka bagi pengunjung yang ingin berjumpa dengan Ketua-Ketua Bahagian IPD Petaling Jaya.

Gerai Pameran Hal Ehwal Awam Bukit Aman

Ketua-ketua Bahagian IPD Petaling Jaya sedia untuk melayan pengunjung.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Face To Face Kpd Petaling Jaya
Petaling Jaya - 24 oktober 2009. Program 'Face To Face' antara Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dengan penduduk setempat telah berlangsung di Padang Permainan Seksyen 2, Sea Park Petaling Jaya...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/face-to-face-kpd-petaling-jaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.