Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perkhemahan Kor Kadet Polis Mrsm Se Malaysia Ke 6

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kulim - 28 Oktober 2009 - Perkhemahan Kor Kadet Polis Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Se-Malaysia Ke 6, telah berlangsung pada 24 hinnga 28 Oktober 2009 di Kem Batalion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ku..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkhemahan-kor-kadet-polis-mrsm-se-malaysia-ke-6
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:25 MYT

Kulim - 28 Oktober 2009 - Perkhemahan Kor Kadet Polis Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Se-Malaysia Ke 6, telah berlangsung pada 24 hinnga 28 Oktober 2009 di Kem Batalion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah.

Perkhemahan sulung pada tahun 2004 itu, menjadi program tahunan dengan melibatkan semua ahli Kor Kadet Polis MRSM dari seluruh negara. Pada tahun ini seramai 1400 ahli mengambil bahagian di dalam pelbagai acara yang dipertandingankan.

"Dengan tema 'Cergas, Cerdas dan Cemerlang' bermatlamat untuk melahirkan para pelajar yang cerdas dan pintar. Di samping itu dapat memupuk semangat setiakawan, patriotik dan berdisiplin dengan harapan pelajar yang dianggap sebagai aset negara ini, benar-benar berkualiti dan realiti", kata YDH Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di majlis penutupan perkhemahan itu yang turut dihadiri oleh YDH Dato' Murtadza Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM dan Ahmad Rakhli Hassan, Pengarah MARA Negeri Kedah.

Menurut YDH Dato' Abdul Razak, melalui perkhemahan yang diadakan akan dapat melahirkan seseorang yang berintegriti tinggi, bukan sahaja dapat merancang kehidupan masa depan, tetapi berupaya mencorak masa depan nusa dan bangsa.

"Saya berharap melalui aktiviti yang diadakan, semua ahli hendaklah mengambil peluang sebaiknya untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, lebih cergas dan berdisiplin", ujar YDH Dato' Abddul Razak dengan harapan melalui aktiviti yang diadakan mampu membentuk jati diri para pelajar untuk bersama-sama menjayakan misi dan visi negara.

Kontinjen Kor Kadet Polis MRSM Polis Diraja Malaysia, Kulim, Kedah diisytihar sebagai Juara Keseluruhan, Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia Ke 6 Tahun 2009.

Perkhemahan Kor Kadet Polis Mrsm Se Malaysia Ke 6
YDH Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, dengan diiringi Ahmad Rakhli Hassan, Pengarah MARA Negeri Kedah beramah mesra dengan ahli-ahli Kor Kadet Polis yang mengambil bahagian di Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia Ke 6.

Perkhemahan Kor Kadet Polis Mrsm Se Malaysia Ke 6
Pertandingan kebudayaan….. di antara acara yang dipertandingkan bagi melahirkan seorang insan yang mempunyai jati diri yang mantap dan berintegriti tinggi.

Perkhemahan Kor Kadet Polis Mrsm Se Malaysia Ke 6
YDH Dato' Murtadza Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM, menyampaikan 'plak' kepada peserta yang berjaya.

Perkhemahan Kor Kadet Polis Mrsm Se Malaysia Ke 6
Kontinjen Kor Kadet Polis MRSM Kulim  bergambar kenangan selepas diisytiharkan sebagai Juara Keseluruhan.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM