Pecah Rumah Nak Bayar Hutang Ah Long
Pecah Rumah Nak Bayar Hutang Ah Long
Muar,
13 Mac - Ketua kumpulan Angah yang berusia 21 tahun dikatakan terbabit
dengan kes pecah rumah dan mencuri motosikal di sekitar Muar sejak tahun
lalu kerana mahu melangsaikan hutangnya dengan Ah Long.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Muar, Supt Shahadan Jaafar berkata pemuda berasal
dari Klang, Selangor itu berhutang dengan Ah Long untuk membeli syabu
yang ditagihinya sejak sekian lama.
Lelaki
itu dan seorang lagi rakannya yang berusia 22 tahun masing-masing
diberkas pada 5 dan 10 Mac lalu, katanya kepada pemberita hari ini.
Shahadan
berkata dengan penahanan kedua-dua suspek, polis menemui semula tiga
buah motosikal, sejumlah alat ganti motosikal, CPU komputer, telefon
mudah alih dan lain-lain barangan curi yang kesemuanya bernilai
kira-kira RM100,000.
"Kita percaya dengan penahanan kedua-dua suspek, kita dapat menyelesaikan
empat kes curi motosikal dan pecah rumah di kawasan Parit Jawa dan
sekitar bandar Muar," katanya sambil menambah polis masih lagi memburu
dua lagi
anggota kumpulan tersebut.
Kedua-duanya
direman sehingga 17 Mac bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457
(pecah rumah dan mencuri) yang membawa hukuman penjara sehingga 14
tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Shahadan
berkata dua peniaga besi buruk juga turut diberkas kerana membeli
barangan curi dari kumpulan itu dan akan didakwa di mahkamah tidak lama
lagi. - BERNAMA