Geng Abang Long Lumpuh
Geng 'Abang Long' lumpuh
TAIPING
–14 Mac 2013. Lima lelaki dan seorang wanita dipercayai ahli Geng
'Abang Long' yang terlibat dalam kegiatan rompak sekitar daerah ini
berjaya ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Taiping.
Ketua
Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pada
10 Mac lalu jam antara 3 hingga 4 pagi, sepasukan polis membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Tekkah, Assam Kumbang.
Menurutnya,
dalam serbuan di rumah berkenaan, polis berjaya menahan empat lelaki
dengan tiga daripadanya cuba melarikan diri mengikut pintu belakang
sekali gus berlaku sedikit pergelutan.
"Di
rumah yang sama, pihak polis berjaya menangkap seorang lagi suspek yang
sedang tidur di dalam bilik," katanya ketika sidang media, di sini,
semalam.
Beliau
berkata, hasil tangkapan empat lelaki itu, polis pergi ke kawasan
Kampung Kurnia, Kamunting dan berjaya menangkap seorang wanita.
"Apabila
soal siasat dilakukan terhadap semua suspek, akhirnya polis sekali lagi
membuat serbuan di kawasan Kampung Perak, Matang dan menahan seorang
lagi suspek lelaki," katanya.
Yusuf
berkata, dalam serbuan itu, pihak polis turut menemui sepucuk pistol
tiruan yang dipercayai digunakan suspek dalam kegiatan rompakan.
"Malah kita juga berjaya merampas satu senapang angin buatan sendiri dan empat butir peluru shotgun 12 ball".
"Dari
semua serbuan yang dilakukan, pihak polis juga turut berjaya merampas
satu kerambit, dua bilah parang, tiga telefon bimbit dan dua komputer
mini (PDA)," katanya.
Dalam
perkembangan sama, Yusuf berkata, pihak polis turut menjalankan ujian
saringan air kencing dan tiga daripada mereka didapati positif dadah.
"Kesemua yang ditahan berumur 20 hingga 28 tahun dan ketua kumpulan ini juga dikenal pasti mempunyai rekod lampau," katanya.
Yusuf
berkata, dengan tertangkapnya enam suspek berkenaan, polis berjaya
menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan kes rompak
berkumpulan bersenjatakan parang serta menggunakan pistol di sekitar
bandar Taiping.
"Lima
tangkapan pertama kini ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di
bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, rompak berkawan tanpa bersenjata api
dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan
sebat.
"Manakala
bagi tangkapan keenam, suspek direman selama lima hari dan kes disiasat
di bawah Seksyen 8(a) dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang membawa
hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau dikenakan denda tidak lebih
RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
"Bagi
Seksyen 8(a) Akta Senjata membawa hukuman penjara tidak lebih satu
tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi
kesalahan Seksyen 36 Akta Senjata 1960," katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN