Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Tumpas Soccer Gaming 2012 Melalui Op Soga

Published: 12 Jun 2014 1.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kejayaan yang dilakar adalah dengan adanya kerjasama dan hubungan yang baik di antara pihak berkuasa antarabangsa seperti China, Hong Kong, Macao, Singapore, Thailand dan Vietnam. Kolaborasi ini membo..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-tumpas-soccer-gaming-2012-melalui-op-soga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:52 MYT

04 Julai 2012, Bukit Aman 

"Jabatan Siasatan Jenayah telah melancarkan satu operasi pembanterasan dam pencegahan bersepadu (OP SOGA) yang bermula dari 1 Mei 2012 hingga 2 Julai 2012. Operasi ini telah melibatkan peringkat Bukit Aman, peringkat Kontinjen dan peringat Daerah untuk membanteras segala kegiatan pertaruhan kejohanan EURO 2012. OP SOGA ini telah dilancarkan 2 bulan sebelum kejohanan EURO 2012 bermula. Disamping itu, terdapat juga beberapa acara bolasepak lain yang mendapat perhatian sindiket bookie bola haram dalam tempoh Mei 2012 hingga Julai 2012 ini" ujar YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bercakap dalam satu sidang media di Tingkat 16, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi ini.

Kejayaan yang dilakar adalah dengan adanya kerjasama dan hubungan yang baik di antara pihak berkuasa antarabangsa seperti China, Hong Kong, Macao, Singapore, Thailand dan Vietnam. Kolaborasi ini membolehkan PDRM mendapatkan maklumat disusuli dengan tindakan pencegahan.

Penghargaan turut ditujukan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia untuk menjejaki laman sesawang perjudian bolasepak yang digunakan oleh sindiket untuk bertaruh.

Terdahulu, sebanyak 148 serbuan telah dilakukan oleh pihak polis. Daripada itu sebanyak 61 serbuan telah membuahkan hasil. Sebanyak 100 orang ahli sindiket telah berjaya diberkas yang terdiri daripada 83 lelaki dan 17 perempuan, termasuk 2 warga Singapura dan 2 warga Indonesia. Dianggarkan lebih kurang Rm 49.9 juta nilai pertaruhan telah dirampas dalam serbuan ini.

Semua tangkapan akan disiasat dibawah Akta Pertaruhan 1953, iaitu Sek6(1) Akta Pertaruhan 1953(Pemain) yang membawa hukuman denda tidak melebihi Rm 5,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan,atau kedua-duanya sekali. Pertuduhan kedua adalah di bawah Sek 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang dikenakan kepada Penganjur Pertaruhan Bolasepak yang membawa hukuman denda sebanyak Rm 20,000 Hingga Rm 200,000 dan penjara tidak melebihi 5 tahun.

Pdrm Tumpas Soccer Gaming 2012 Melalui Op Soga
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Pdrm Tumpas Soccer Gaming 2012 Melalui Op Soga
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menujukan antara gambar-gambar serbuan yang telah dibuat

Pdrm Tumpas Soccer Gaming 2012 Melalui Op Soga
Pdrm Tumpas Soccer Gaming 2012 Melalui Op Soga
Antara wakil media yang hadir....

Wartawan & Jurufoto : L/Kpl Santher Kumar A/L Sehgar

ArticlePublished 12 Jun 2014 1.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM