Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada tahun 2010, Program Omnipresence kami menyaksikan 14, 222 Pegawai-Pegawai Polis dan 7, 402 anggota polis daripada setiap unit pejabat pentadbiran dilepaskan bagi menjalankan tugas rondaan di jala..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/panel-antarabangsa-cari-inisiatif-mengurangkan-kadar-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:43 MYT

Kuala Lumpur - 5 Julai 2012

"Pengurangan kadar jenayah dibuat secara strategik pada dua tahun setengah lepas melalui pemikiran di luar kotak dan mendekati masyarakat melalui program Omnipresence", -
YDH Ketua Polis Negara.

"Pada tahun 2010, sejak Program Omnipresence dilaksanakan, seramai 14,222 orang Pegawai Polis dan 7,402 anggota daripada setiap unit pejabat pentadbiran dilepaskan bagi menjalankan tugas rondaan di jalan-jalan bersama dengan Pasukan Gerakan Am (PGA), di tumpukan di kawasan-kawasan terkenal dengan kadar jenayah yang tinggi (Hot Spot)", ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Panel Antarabangsa Kajian Semula Mengurangkan Kadar Jenayah di Westin Hotel, Kuala Lumpur, pagi ini.

"Kami juga mempunyai pasukan sukarelawan seragam seperti Police Volunteer Reserve Corp (PVR) sebagai unit sokongan penuh bagi pasukan PDRM. Di samping itu juga, kami mempunyai Polis Bantuan (Auxiliary Police) di mana PDRM telah memperluaskan kuasa-kuasa peronda Polis Bantuan bagi menampakkan kehadiran yang lebih besar dalam kawasan-kawasan bandar. Sebagai tambahan, kami mempunyai 4 Unit Men Patrol di mana kakitangan kita akan digandingkan bersama dengan Penguatkuasa Tempatan, RELA and JPAM", tambah YDH Ketua Polis Negara.

NKRA Reducing Crime International Panel Review ini terdiri daripada panel dari Singapura, Y.Bhg DCP Raja Kumar Thamby Rajah, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Singapura, Y.Bhg SAC Tang How Kong, Pengarah Pengurusan Pasukan Polis Hong Kong, Y.Bhg Mr. Peter Clarke, Bekas Pengarah Kaunter Perintah Pengganas Metropolitan Polis London, United Kingdom dan Y.Bhg Mr. Timothy Leeds, Pegawai Keselamatan Serantau, Duta Amerika Syarikat.

Panel antarabangsa ini antaranya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, bertukar pendapat dan mengadakan soal jawab untuk melihat beberapa kunci terpilih dalam mencari inisiatif-inisiatif mengurangkan kadar jenayah serantau.

Turut hadir adalah YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri, YB Senator Dato' Sri Idris Jalal,  Ketua Eksekutif PEMANDU (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Y.Bhg Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Y.Bhg Tan Sri Robert Phang, Exco MCPF Pusat, Y.Bhg Encik Eugene Teh Yee, Pengarah NKRA (Crime And RBI), YDH Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM,  Wakil-wakil Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU), Wakil-wakil Jabatan Perdana Menteri, dan Pegawai-pegawai Kanan Polis.

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah
Y.B Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri, YB Senator Dato' Sri Idris Jalal, Ketua Eksekutif PEMANDU dan YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar.

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah
YDH Ketua Polis Negara memberikan ucapannya.

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah
Panel dari kanan Y.Bhg Mr. Timothy Leeds, Y.Bhg Mr. Peter Clarke, Y.Bhg SAC Tang How Kong dan  Y.Bhg DCP Raja Kumar Thamby Rajah.

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah
Antara yang hadir...

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah
Antara yang hadir...

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah
Antara Ketua polis Daerah yang hadir...

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah
Y.Bhg Encik Eugene Teh Yee ketika memberikan taklimat

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah
YDH SAC Dato' Paramasivam a/l Arunasalam ketika memberikan taklimat.

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah
Y.Bhg DCP Raja Kumar Thamby Rajah mengajukan soalan.

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah
Sekitar program...

YDH Pengarah Jabatan Logistik PDRM juga turut hadir...

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah
YB Senator Dato' Sri Idris Jalal, Ketua Eksekutif PEMANDU...

Panel Antarabangsa Cari Inisiatif Mengurangkan Kadar Jenayah
Sesi bergambar...

Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto  : L/Kpl Mohd Shareel Shahriman
, L/Kpl Raymond Martin & L/Kpl Santher Kumar a/l Sehgar
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM