Mesyuarat Agung Ke 25 Kelab Golf Titiwangsa
Kuala Lumpur - 4 Julai 2012
"Setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli kelab, khasnya
kepada barisan ahli jawatankuasa pengurusan, serta semua staf Kelab Golf
Titiwangsa PDRM yang telah memberikan sokongan padu dan kerjasama yang
erat kepada saya, sepanjang saya menerajui kelab ini sebagai Presiden
Kelab Golf Titiwangsa PDRM", ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,
Ketua Polis Negara selaku Presiden Kelab Golf Titiwangsa PDRM, sempena
Mesyuarat Agung Ke-25 Kelab Golf Titiwangsa, pagi ini.
Kelab
Golf Titiwangsa Polis Diraja Malaysia mempunyai keahlian seramai 1, 091
dengan purata dua ribu pemain berkunjung ke kelab ini setiap bulan.
"Pencapaian
yang baik mestilah dipertingkatkan dari masa ke semasa. Saya berharap
barisan ahli jawatankuasa pengurusan serta semua staf Kelab Golf
Titiwangsa PDRM akan berusaha lebih keras di dalam usaha menambah
bilangan ahli dan pemain di kelab ini, dengan usaha promosi yang
berkesan dan berterusan.", tambah YDH Ketua Polis Negara lagi.
Turut
hadir YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua
Polis Negara merangkap Timbalan Presiden Kelab Golf Titiwangsa PDRM, YDH
Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Naib
Presiden (Ex-Officio), YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Haji Osman,
Naib Presiden (Eksekutif), YDH Dato' Rosli bin Ab Rahman, Kapten Kelab
Golf Titiwangsa PDRM dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Kelab Golf
Titiwangsa PDRM Sesi 2010/2011.

Sesi bergambar sebelum mesyuarat bermula...

Barisan tertinggi Jawatankuasa...

Ucapan aluan oleh YDH Dato' Wira Sabtu bin Hj Othman sebagai Naib Presiden(Eksekutif).

Ucapan
aluan dan perasmian Mesyuarat Agung KGT Kali Ke 25 oleh YDH Tan Sri Hj
Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara merangkap Presiden Kelab Golf
Titiwangsa.

YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Presiden Kelab Golf Titiwangsa.

YDH Dato' Rosli bin Ab Rahman, Kapten Kelab Golf Titiwangsa.

Antara ahli kelab yang hadir.

Barisan AJK Kelab Golf Titiwangsa.

YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Naib Presiden (Ex-Officio)

Pemilihan semula AJK Kelab Golf Titiwangsa bagi tahun 2012 secara undian.

Pemilihan semula AJK Kelab Golf Titiwangsa bagi tahun 2012 secara undian.
Acara khas cabutan bertuah di akhir mesyuarat bagi memeriahkan suasana.





Jurufoto & wartawan : L/Kpl Raymond, L/Kpl Edwin