Pdrm Tumpas Soccer Gaming 2012 Melalui Op Soga
04 Julai 2012, Bukit Aman
"Jabatan
Siasatan Jenayah telah melancarkan satu operasi pembanterasan dam
pencegahan bersepadu (OP SOGA) yang bermula dari 1 Mei 2012 hingga 2
Julai 2012. Operasi ini telah melibatkan peringkat Bukit Aman, peringkat
Kontinjen dan peringat Daerah untuk membanteras segala kegiatan
pertaruhan kejohanan EURO 2012. OP SOGA ini telah dilancarkan 2 bulan
sebelum kejohanan EURO 2012 bermula. Disamping itu, terdapat juga
beberapa acara bolasepak lain yang mendapat perhatian sindiket bookie
bola haram dalam tempoh Mei 2012 hingga Julai 2012 ini" ujar YDH CP
Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
bercakap dalam satu sidang media di Tingkat 16, Menara 2, Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman, pagi ini.
Kejayaan yang dilakar adalah dengan
adanya kerjasama dan hubungan yang baik di antara pihak
berkuasa antarabangsa seperti China, Hong Kong, Macao, Singapore,
Thailand dan Vietnam. Kolaborasi ini membolehkan PDRM mendapatkan
maklumat disusuli dengan tindakan pencegahan.
Penghargaan turut
ditujukan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan
oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia untuk menjejaki
laman sesawang perjudian bolasepak yang digunakan oleh sindiket untuk
bertaruh.
Terdahulu, sebanyak 148 serbuan telah dilakukan oleh
pihak polis. Daripada itu sebanyak 61 serbuan telah membuahkan hasil.
Sebanyak 100 orang ahli sindiket telah berjaya diberkas yang terdiri
daripada 83 lelaki dan 17 perempuan, termasuk 2 warga Singapura dan 2
warga Indonesia. Dianggarkan lebih kurang Rm 49.9 juta nilai pertaruhan
telah dirampas dalam serbuan ini.
Semua tangkapan akan disiasat
dibawah Akta Pertaruhan 1953, iaitu Sek6(1) Akta Pertaruhan 1953(Pemain)
yang membawa hukuman denda tidak melebihi Rm 5,000 atau penjara tidak
melebihi 6 bulan,atau kedua-duanya sekali. Pertuduhan kedua adalah di
bawah Sek 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang dikenakan kepada Penganjur
Pertaruhan Bolasepak yang membawa hukuman denda sebanyak Rm 20,000
Hingga Rm 200,000 dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menujukan antara gambar-gambar serbuan yang telah dibuat
Antara wakil media yang hadir....
Wartawan & Jurufoto : L/Kpl Santher Kumar A/L Sehgar