Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Sentiasa Optimis Melahirkan Jaguh Jaguh Sukan Negara

Published: 11 Jun 2014 2.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
PDRM selama ini sentiasa melahirkan ramai jagoan sukan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa dan ini menggambarkan keseriusan PDRM sebagai penyumbang ke arah peningkatan mutu sukan negara...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-sentiasa-optimis-melahirkan-jaguh-jaguh-sukan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:57 MYT
Kuantan , 10 April 2011 - "Walaupun kita tidak mempunyai satu Pusat Kecemerlangan Sukan (Center of Excellence for Sports) yang khusus, Majlis Sukan serta pengurusan tertinggi PDRM sentiasa memberi fokus kepada anggota dan pegawai polis yang berbakat untuk diketengahkan di semua peringkat," ujar YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA yang mewakili Ketua Polis Negara, semasa Majlis Penutupan Kejohanan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara Tahun 2011 di Markas Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Kuantan hari ini.


Menurutnya lagi, atas kesedaran bahawa untuk mencungkil bakat-bakat baru PDRM perlu memberi peluang dan laluan, maka kejohanan seperti ini menjadi relevan untuk sentiasa dipupuk supaya ianya boleh menjadi sumber di mana bakat-bakat (talent pool) baru boleh diketengahkan.


Menyokong kenyataannya itu, PDRM selama ini sentiasa melahirkan ramai jagoan sukan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa dan ini menggambarkan keseriusan PDRM sebagai penyumbang ke arah peningkatan mutu sukan negara.


Beliau turut menggalakkan penganjuran kejohanan seperti ini sebagai platform bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim yang telah sedia terjalin di antara warga PDRM.


Kejohanan ini juga menurutnya boleh memberikan faedah kepada anggota-anggotanya dalam menajamkan skill dan kemahiran untuk diaplikasi dalam penugasan hakiki sekaligus menambahbaik mutu perkhidmatan polis kepada masyarakat.


Di akhir ucapannya beliau sempat berpesan kepada para peserta yang mengambil bahagian, 'Jika gagal, tidak bererti gagal selama-lamanya; pepatah Latin ada menyebut: 'Altius ibunt qui as summa nituntur' atau 'They will rise highest those who strive for the highest place,'


Turut hadir dalam upacara penutupan ini, YDH DCP Dato' Hamza bin Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan PDRM, YDH SAC Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara, YDH SAC Dato' Roslan bin Ahmad, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan Pegawai-pegawai Kanan serta anggota PDRM.

Pdrm Sentiasa Optimis Melahirkan Jaguh Jaguh Sukan Negara
Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara Tahun 2011 oleh YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA



Wartawan  :    Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto    :    Sjn Zaiddin bin Dahalan / L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim
ArticlePublished 11 Jun 2014 2.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM