Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Pilih Menu Sihat

Published: 12 Jun 2014 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 6 Julai - Gaya hidup yang lebih sihat kini menjadi agenda penting PDRM bagi menjamin kualiti penugasan yang lebih optimum kerana warga PDRM percaya bahawa hanya dengan tubuh dan minda yang..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-pilih-menu-sihat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:45 MYT
Bukit Aman, 6 Julai - Gaya hidup yang lebih sihat kini menjadi agenda penting PDRM bagi menjamin kualiti penugasan yang lebih optimum kerana warga PDRM percaya bahawa hanya dengan tubuh dan minda yang sihat mampu menjamin PDRM mencapai ke tahap tersebut.

Justeru itu, hari ini PDRM telah mengadakan sebuah ceramah Gaya Hidup Sihat Siri 2 yang bertempat di MES Pegawai Kanan, Bukit Aman sebagai salah satu kempen kesedaran terhadap kepentingan kesihatan dan akan dilakukan secara berkala setiap bulan bagi memastikan kelangsungan kempen ini mencapai matlamatnya.

"Kesihatan merupakan kunci  utama kepada kesejahteraan hidup" ujar YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara didalam ucapannya dalam majlis tersebut dan kata-kata beliau ini merujuk kepada setiap anggota PDRM kerana mereka adalah golongan yang menjamin pembangunan agama,bangsa dan negara yang selamat.

Melalui program ini, setiap warga PDRM diberikan tips-tips berguna dalam pemilihan juadah makanan dan pengambilan kuantiti yang sihat bagi setiap hidangan serta mengamalkannya kepada diri sendiri  membudayakannya kepada ahli keluarga dan masyarakat.

Turut hadir dalam program tersebut ialah YDH CP Dato' Wira Salleh Bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan(Pentadbiran), Y.Bhg Puan Asmaa' Binti Mohd Parid, Pegawai Sains Pemakanan, Pejabat Kesihatan Lembah Pantai dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

Pdrm Pilih Menu Sihat
Sesi pendaftaran peserta.

Pdrm Pilih Menu Sihat
Ketibaan YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Pdrm Pilih Menu Sihat
Bacaan Doa bagi memberkati majlis.

Pdrm Pilih Menu Sihat
Ucapan YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Pdrm Pilih Menu Sihat
Pdrm Pilih Menu Sihat
Pdrm Pilih Menu Sihat
Pdrm Pilih Menu Sihat
Sepanjang sesi ceramah berlangsung.

Pdrm Pilih Menu Sihat
Sesi penyampaian cenderamata.

Wartawan & Jurufoto : Konst. Muhammad Iqtar Bin Azmi.


ArticlePublished 12 Jun 2014 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM