Blt Sebagai Penanda Aras Khidmat Kami
BLT sebagai Penanda Aras Khidmat Kami
"....Tonggak pencapaian PDRM adalah diukur melalui keberkesanan warganya dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat..."- Ketua Polis Negara.
Puchong, 11 Julai -
"Penganugerahan Balai League Table (BLT) yang dianjurkan oleh PDRM
adalah berpaksikan kepada matlamat untuk memberi pengiktirafan dan
penghargaan kepada pegawai polis dan pegawai awam di balai yang mencapai
prestasi tertinggi serta menghargai khidmat bakti mereka yang telah
bertungkus lumus dalam mengurangkan kadar jenayah di kawasan pentadbiran
masing-masing," ujar Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara dalam ucapannya sempena Majlis Penganugerahan Balai League Table
Siri 1 / 2012 di Balai Polis Puchong, hari ini.
Balai
Polis Puchong menjadi terpilih untuk menjadi lokasi Majlis
Penganugerahan BLT bagi Siri 1 Tahun 2012 memandangkan balai ini juga
tersenarai di antara pemenang BLT.
BLT
adalah rentetan daripada keberhasilan objektif Pelan Transformasi
Kerajaaan (GTP) dan NKRA dalam mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
Jika dilihat dari sudut kedudukan di peringkat antarabangsa, pencapaian negara telah mendapat beberapa pengiktirafan, iaitu The World Justice Project
yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara paling selamat daripada 19
negara berpendapatan sederhana tinggi dan antara 12 negara paling
selamat mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.
Laporan 'Global Peace Index'
bagi tahun 2012 yang baru sahaja dikeluarkan baru-baru ini pula telah
mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang paling selamat dan aman di Asia
Tenggara, dan antara 20 negara yang paling selamat dan aman di dunia di
mana indeks ini telah meletakkan 23 'indicator' untuk mengukur 'absence of violence' atau 'fear of violence'.
World Economic Forum (WEF Global Competitiveness Report) melalui Business cost of Crime & Violence
pula melaporkan Malaysia menduduki tempat ke-63 bagi tahun 2011
berbanding tempat ke-93 pada tahun 2010 dan ianya menunjukkan
peningkatan kedudukan sebanyak 30 tempat berbanding tahun sebelumnya.
"PDRM
perlu terus berusaha gigih secara terancang untuk meningkatkan prestasi
supaya rakyat yakin bahawa kita sentiasa dapat memberi kepuasan kepada
masyarakat dan budayakan sifat produktif melalui inovasi dan kreativiti
dalam skop penugasan masing-masing," akhiri beliau.
Sebelum
itu, CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM dalam
ccapannya melahirkan rasa bangga dengan program pencegahan jenayah BLT
yang turut melibatkan kolaborasi dengan lain-lain jabatan seperti RELA,
JPAM dan tentera yang turut mencapai kejayaan dalam menurunkan kadar
jenayah.
"Program
ini juga diharap akan dapat menentukan penambahbaikan kepada
penyampaian perkhidmatan atau service delivery kepada masyarakat dan
akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat kepada PDRM dan sekali gus
dapat mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap service delivery PDRM," ujarnya.
Majlis
pada hari ini turut menyaksikan penyampaian Waran Peruntukan Bagi
Bayaran Penghargaan kepada Pasukan Gerakan Am dan juga akan diserahkan
kepada Komander-komander Briged Pasukan Gerakan Am yang telah
bersama-sama terlibat secara aktif dalam program pencegahan jenayah di
balai-balai yang terlibat di bawah NKRA.
Balai
Polis Kinarut, Papar, Sabah, Perak mendahului senarai johan BLT bagi
kategori E, Balai Polis Belaga, Sarawak bagi kategori D, Balai Polis
Semenyih, Kajang, Selangor bagi kategori C, Balai Polis Chabang Tiga,
Kuala Terengganu bagi kategori B dan Balai Polis Puchong, Serdang,
Selangor bagi kategori A.
Turut
hadir hari ini Y.Bhg Tan Sri Dato' Lee Sin Cheng, Pengerusi Eksekutif
IOI Corporation Berhad, Y.Bhg Dato' Alwi bin Haji Ibrahim, Timbalan
Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg Eugene
Teh, Pengarah NKRA Mengurangkan Jenayah, Jabatan Perdana Menteri,
Pengarah-Pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah PDRM,
Pesuruhjaya-pesuruhjaya dan Ketua-ketua Polis Negeri, Komander Briged,
Ketua-ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai-pegawai Kanan
PDRM, dif-dif jemputan dan wakil-wakil media.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Razak bin Elyas

Ketua Polis Balai Puchong, Ketua Polis Daerah Serdang, dan Ketua Polis Selangor bertukar pendapat

Ketibaan Dato’ Alwi bin Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri

Sekitar majlis

Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar

Sekitar majlis

Sekitar majlis

Sekitar majlis

Sekitar majlis

Sekitar majlis

Sekitar majlis

Sekitar majlis

Sekitar majlis

Sekitar majlis

Antara tetamu kehormat

Pengerusi majlis menyampaikan kata-kata aluan

Bacaan doa memberkati majlis

Ucapan aluan oleh Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan

Ucapan Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Antara balai yang memenangi anugerah Balai League Tables siri 1/2012

Antara penerima anugerah khas kategori awam

Antara penerima anugerah khas kategori pegawai dan anggota PDRM

Antara mereka yang menerima Sumbangan penghargaan kepada Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA)

Sekitar majlis, kartunis PDRM L/kpl Pak Ya

Sekitar majlis, kartunis PDRM L/kpl Pak Ya

Keadaan hujan tidak menghalang Ketua Polis Negara bertemu dengan masyarakat

Ketika sidang media

Sekitar majlis

Ketua Polis Balai Puchong bergambar kenangan dengan Komuniti Puchong

Sekitar majlis

ketika perasmian Gazebo

Sekitar majlis

Ketua
Polis Selangor Dato' Haji Tun Hisan bin Haji Tun Hamzah, mengucapkan
tahniah kepada anggota-anggota Balai Polis Puchong Jaya

Bergambar kenangan

Bergambar kenangan

Bergambar kenangan

Sekitar pameran

Sekitar pameran
Wartawan: L/kpl Irfan bin Bujang
Jurugambar: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin