Tawau, 13 Julai - Polis
Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil langkah terbaru dalam
menambahbaik dan memperluaskan perkhidmatannya dengan masyarakat dengan
mewujudkan Sistem Laporan Polis (PRS) PDRM di seluruh Sabah.
Dalam
Majlis Pelancaran Sistem PRS Fasa IV Peringkat Kontinjen Sabah yang
diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada hari ini, YDH Dato'
Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman
berkata menerusi langkah itu, semua 20 ibu pejabat polis daerah, 59
balai polis termasuk tujuh di kawasan pedalaman dan pulau akan
dihubungkan dengan sistem komputer yang dilengkapi aplikasi PRS.
Menerusi
perkhidmatan seumpama ini, orang awam boleh membuat aduan polis dan
memperoleh salinan laporan di mana-mana balai polis di seluruh negara,
serta memperkasa aspek penyiasatan polis melalui pemantauan dan
penyeliaan secara terkini.
Turut
hadir, YDH DCP Dato' Hj. Hamza Bin Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH
SAC Dato' Tan Kok Liang, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah,
Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.
Ketibaan YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman

Sekitar Majlis...


Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman bersalaman dengan tetamu-tetamu jemputan


ucapan daripada YDH DCP Dato' Hj. Hamza Bin Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah..

Ucapan daripada YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman..

anggota-anggota bertugas yang mengendalikan PRS..
Sekitar majlis....
Kemuncak majlis...
Sesi penyampaian cenderahati...
Sesi bergambar kenangan...

