Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Taklimat Khas Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) telah berlangsung di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM, Cheras, Kuala Lumpur, pagi ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-menyambut-positif-implementasi-akta-siap
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:54 MYT

Kuala Lumpur - 17 Ogos 2011

Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) atau dikenali sebagai Akta SIAP telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 30 Jun 2009 dan Dewan Negara pada 9 Julai 2009. Akta SIAP telah mula berkuatkuasa pada 1 April 2011. Matlamat Akta SIAP adalah untuk mempertingkatkan integriti agensi penguatkuasaan, mengurangkan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa dan memupuk keyakinan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan.

Satu Majlis Taklimat Khas Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan2009 (Akta 700) kepada Polis Diraja Malaysia  telah berlangsung di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM, Cheras, Kuala Lumpur, pagi ini.  Taklimat khas pagi ini membentangkan Pemakaian Akta SIAP, Penubuhan Suruhanjaya, Fungsi Akta SIAP, aduan dan salah laku, Jawatankuasa Aduan, kuasa menyiasat dan kuasa pendengaran.

Hadir di dalam majlis Taklimat Khas adalah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Polis Akta SIAP, YDH Dato'- Dato'Pengarah Jabatan PDRM, YDH SAC Dato' Rosli bin Ahmad, Setiausaha Jawatan Kuasa Polis Akta Siap, Pegawai-pegawai Kanan Polis dan anggota-anggota Polis.

Delegasi SIAP pula diketuai oleh Y.Bhg Datuk Heliliah binti Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Y.Bhg Tan Sri Dr. Zulkefli bin A. Hassan, Pesuruhjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Y.Bhg Puan Junaidah binti Haji Abd Rahman, Timbalan Penggubal Undang-undang Parlimen I, Jabatan Peguam Negara dan Encik Azman bin Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif SIAP

Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) ditubuhkan di bawah Seksyen 5, dengan kekuatan seramai 7 anggota Pesuruhjaya yang terdiri daripada 1 Pengerusi, 1 Timbalan Pengerusi dan 5 Anggota lain. Keanggotaan Suruhanjaya di lantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia.

Sebanyak 21 Agensi Penguatkuasaan di bawah Jadual Akta 700 terlibat di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700), antaranya ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Antara fungsi-fungsi Akta SIAP adalah :-

  • Mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai operasi dan tatacara sesuatu agensi penguatkuasaan.
  • Menggalakkan kesedaran, menambahbaik dan mendidik elemen integriti di dalam sesuatu agensi penguatkuasaan.
  • Membantu kerajaan dalam mengsyorkan langkah pentadbiran kepada sesuatu agensi penguatkuasaan.
  • Mengkaji dan menentu sahkan apa-apa pelanggaran tatacara penguatkuasaan.
  • Membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan termasuk balai polis dan lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis.


Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap
Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap
Dari kiri... En. Azman bin Ahmad, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Y.Bhg Datuk Heliliah binti Mohd Yusof, Y.Bhg Tan Sri Dr. Zulkefli bin A. Hassan dan Y.Bhg Puan Junaidah binti Haji Abd Rahman.

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap
Y.Bhg Puan Junaidah binti Haji Abd Rahman dengan taklimat Pengenalan Dan Penggubalan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700)

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap
Taklimat Khas Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 oleh En. Azman bin Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap
Antara yang hadir

Gambar Sesi Soal Jawab
Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap

Penyampaian Cenderahati Kenangan
Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap

Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap


Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan, L/Kpl Edwind Indo dan Konstabel Santher Kumar a/l Sehgar

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM