Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Kdn Ka

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ibadah puasa yang kini masuk ke penghujung Ramadhan, setiap peringkat tidak kira mana jabatan dalam Polis Diraja Malaysia, tidak putus-putus membantu serta menghulurkan sumbangan kepada insan-insan y..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berat-sama-dipikul-ringan-sama-dijinjing-majlis-berbuka-puasa-bersama-pengarah-kdn-ka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:22 MYT
Cheras, 18 Ogos 2011 - Ibadah puasa yang kini masuk hujung Ramadhan,  setiap peringkat tidak kira mana jabatan dalam Polis Diraja Malaysia tidak putus-putus membantu serta menghulurkan sumbangan kepada insan-insan yang lemah dan juga kurang upaya.

Semangat berpasukan seperti inilah yang diimplementasikan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) yang telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Cheras.
 
 
Majlis ini juga diadakan bagi mengucapkan tahniah kepada YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, yang telah menerima anugerah NKRA Jenayah dan OPS BERSIH 2.0 oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada hari ini.  
 
 
Turut hadir di majlis tersebut ialah YDH SAC Dato' Roslan bin Ahmad, Komander PSP, YDH SAC Dato' Mohammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah KDN/KA (PGK), YDH SAC Dato' Mohd Sueb bin Abdullah, Timbalan Pengarah II KDN/KA, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota serta Pegawai Awam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.
 
 
Sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA juga telah menyampaikan sumbangan hari raya kepada kanak-kanak yatim, anak-anak istimewa, golongan kurang upaya (OKU) dan juga saudara baru.
 
 
Antara yang menerima sumbangan ialah :-
1) Adik Rosyanti bt. Bakar
2) Adik Roshahira bt. Bakar (kedua-duanya adalah adik kepada L/Kpl Suhairi bin Saat)
3) Adik Masrizam (anak kepada ASP Haji Mahidi bin Kidin)
4) Adik Muhammad Zikri (anak kepada Sjn. Aemi bin Yop)
5) Adik Mohammad Nazzirul (anak kepada Kpl Awizuha bin Mohd Yassin)
6) Adik Nurain (anak kepada Sjn. Samsudin bin Yaakob)
7) Adik Siti Hajar (anak kepada Kpl Yasri bin Yaakob)
8) Adik Nur Aqilah Saadah (anak kepada Kpl Mohd Nazir bin Ahmad)
 
Saudara baru :-
1) Kpl. Sulaiman bin Morshidi
2) Kpl. Mujamaad Ejaron bin Abdul   
Majlis diteruskan dengan Solat Isyak, sembahyang tarawih dan juga bacaan tahlil serta doa selamat.
 
Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Kdn Ka
 
Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Kdn Ka
 
Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Kdn Ka
 
Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Kdn Ka
 
Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Kdn Ka
 
Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Kdn Ka
 
Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Kdn Ka
 
 
Wartawan : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor dan Konst. Raymond Martin
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM