Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan terhadap mereka yang bertugas pada hari raya nanti, saya yakin dengan adanya bungkusan hari raya ini sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan rasa hiba kera..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-beri-pengertian-raya-kepada-para-petugas-di-hari-lebaran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:41 MYT

Bukit Aman , 16Ogos 2011- "Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengerusi jawatankuasa majlis, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA serta Y.Bhg Datin Puziah binti Bahari dan ahli-ahli jawatankuasanya, serta semua pegawai dan anggota yang telah memikul tanggungjawab membuat persiapan dan menyediakan bungkusan kuih hari raya untuk disampaikan kepada pegawai dan anggota PDRM yang bertugas pada hari lebaran nanti," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar sempena Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM 2011 di Mess Pegawai Bukit Aman, hari ini.

Majlis disempurnakan olehbeliau yang turut ditemani isteri, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati bte Hj Md. Sobri, yang juga merupakan Pengerusi PERKEP Malaysia.

"Syabas dan tahniah kepada Pengerusi PERKEP Malaysia dan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia serta semua ahli jawatankuasa PERKEP kerana telah membantu dan bekerjasama sehingga Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya kali ini dapat diadakan dengan sempurna."


"Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan terhadap mereka yang bertugas pada hari raya nanti,sayayakin dengan adanya bungkusan hari raya ini sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan rasa hiba kerana tidak dapat bersama-sama ahli keluarga dan sesungguhnya mereka tetap diingati dan dihargai bukan sahaja oleh ahli keluarga sendiri, sanak saudara, orang-orang tersayang malah oleh rakan-rakan sepasukan mereka juga." tambah beliau lagi.

Beliau sempat berpesan kepada seluruh warga PDRM, dalam keghairahan membuat persiapan untuk menyambut hari raya ini, berbelanjalah dengan bijak dan berhemah.

"Rancanglah bajet dengan teliti dan janganlah mengikut hawa nafsu serta simpanlah sedikit untuk keperluan persekolahan anak-anak dan waktu kecemasan," akhiri beliau dalam ucapannya.

Pada majlis ini juga, YDH Ketua Polis Negaratelah menyerahkanbungkusan kuih raya Aidilfitri kepada Pengarah-pengarah Jabatan PDRM, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Selangor serta Komander-komander Jabatan KDN/KA.


Turut hadir pada majlis tersebut, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Y. Bhg. Datin Sri Imran bte Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya PDRM bersama isteri Datin Puziah bte Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA, YDH Dato' Seri, Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Ketua-ketua Komander Jabatan KDN/KA serta Ahli-ahli Jawatankuasa PERKEP Malaysia.

Pembungkusan Kuih Raya 15 Ogos 2011

Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran

Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran

Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran

Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran

Gambar Penyerahan Kuih Raya 16 Ogos 2011
Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran
Y.Bhg Puan Sri Hajjah Suriati bte Hj. Md. Sobri, Pengerusi PERKEP menyampaikan bungkusan Raya kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran
Ucapan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Penyerahan Kuih Raya PDRM Tahun 2011.

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyempurnakan Penyerahan Bungkusan Kuih Raya.

Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran
Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran
Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran
Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran
Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran
Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran
Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran
Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran

Perkep Beri Pengertian Raya Kepada Para Petugas Di Hari Lebaran
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam sidang media selepas selesai majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM 2011.


Wartawan:L/Kpl Norliza bte Basrah
Jurufoto:Konst Raymond Martin
Penyunting:C/Insp Norsuzila bte Kamaruldin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM