Pdrm Menyambut Positif Implementasi Akta Siap
Kuala Lumpur - 17 Ogos 2011
Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) atau
dikenali sebagai Akta SIAP telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 30
Jun 2009 dan Dewan Negara pada 9 Julai 2009. Akta SIAP telah mula
berkuatkuasa pada 1 April 2011. Matlamat Akta SIAP adalah untuk
mempertingkatkan integriti agensi penguatkuasaan, mengurangkan salah
laku di kalangan pegawai penguat kuasa dan memupuk keyakinan orang ramai
terhadap agensi penguatkuasaan.
Satu Majlis Taklimat Khas Akta
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan2009 (Akta 700) kepada Polis
Diraja Malaysia telah berlangsung di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab
PDRM, Cheras, Kuala Lumpur, pagi ini. Taklimat khas pagi ini
membentangkan Pemakaian Akta SIAP, Penubuhan Suruhanjaya, Fungsi Akta
SIAP, aduan dan salah laku, Jawatankuasa Aduan, kuasa menyiasat dan
kuasa pendengaran.
Hadir di dalam majlis Taklimat Khas adalah YDH
DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP
Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Polis Akta SIAP, YDH Dato'-
Dato'Pengarah Jabatan PDRM, YDH SAC Dato' Rosli bin Ahmad, Setiausaha
Jawatan Kuasa Polis Akta Siap, Pegawai-pegawai Kanan Polis dan
anggota-anggota Polis.
Delegasi SIAP pula diketuai oleh Y.Bhg Datuk Heliliah binti Mohd
Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Y.Bhg Tan
Sri Dr. Zulkefli bin A. Hassan, Pesuruhjaya Integriti Agensi
Penguatkuasaan, Y.Bhg Puan Junaidah binti Haji Abd Rahman, Timbalan
Penggubal Undang-undang Parlimen I, Jabatan Peguam Negara dan Encik Azman bin Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif SIAP
Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700)
ditubuhkan di bawah Seksyen 5, dengan kekuatan seramai 7 anggota
Pesuruhjaya yang terdiri daripada 1 Pengerusi, 1 Timbalan Pengerusi dan 5
Anggota lain. Keanggotaan Suruhanjaya di lantik oleh Yang di-Pertuan
Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia.
Sebanyak 21 Agensi
Penguatkuasaan di bawah Jadual Akta 700 terlibat di bawah Akta
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700), antaranya
ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia,
Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Antara fungsi-fungsi Akta SIAP adalah :-
- Mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai operasi dan tatacara sesuatu agensi penguatkuasaan.
- Menggalakkan kesedaran, menambahbaik dan mendidik elemen integriti di dalam sesuatu agensi penguatkuasaan.
- Membantu kerajaan dalam mengsyorkan langkah pentadbiran kepada sesuatu agensi penguatkuasaan.
- Mengkaji dan menentu sahkan apa-apa pelanggaran tatacara penguatkuasaan.
- Membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan termasuk balai polis dan lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Dari
kiri... En. Azman bin Ahmad, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, YDH
DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Y.Bhg Datuk Heliliah binti Mohd
Yusof, Y.Bhg Tan Sri Dr. Zulkefli bin A. Hassan dan Y.Bhg Puan Junaidah
binti Haji Abd Rahman.

Y.Bhg
Puan Junaidah binti Haji Abd Rahman dengan taklimat Pengenalan Dan
Penggubalan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta
700)

Taklimat
Khas Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 oleh En.
Azman bin Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya
Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)


Antara yang hadir
Gambar Sesi Soal Jawab






Penyampaian Cenderahati Kenangan



Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan, L/Kpl Edwind Indo dan Konstabel Santher Kumar a/l Sehgar