Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Kehilangan Aset Berharga

Diterbitkan: 11 Jun 2014 12.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Daripada 'budak pembantu pejabat', YDH CP Datuk Mashuri bin Zainal mula berkecimpung dalam dunia kepolisan pada 3 Julai 1977 sebagai Inspektor Percubaan seterusnya menjawat beberapa jawatan penting ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-kehilangan-aset-berharga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:14 MYT

Kuala Lumpur , 11 Mac 2010 - Majlis Paluan Berundur Pengarah Logistik dengan rasminya telah diadakan di Padang Kawad Maktab PDRM  Kuala Lumpur sempena persaraan YDH Komisioner Polis (CP) Datuk Mashuri Bin Zainal, Pengarah Jabatan Logistik PDRM.

Hujan renyai turut mengiringi suasana pilu di hati setiap warga PDRM yang akan kehilangan seorang pegawai kanan PDRM yang amat berharga.

Asalnya sebagai  'budak pembantu pejabat', YDH CP Datuk Mashuri bin Zainal mula berkecimpung dalam dunia kepolisan pada 3 Julai  1977 sebagai Inspektor Percubaan seterusnya menjawat beberapa jawatan penting  di unit-unit dan jabatan-jabatan dalam PDRM.

Pada 5 Jun 1988, beliau mula mengorak langkah dalam kecemerlangan kerjayanya apabila dinaikkan pangkat sebagai Asisten Superitendan Polis dan ditempatkan di Cawangan Perhubungan Awam, Bukit Aman sebagai Pegawai Penyelidik, Perancang, Analisa dan Rekod.

Masa silih berganti, kecemerlangan beliau semakin terserlah dan beliau melalui beberapa siri kenaikan pangkat dan diberikan kepercayaan menjawat beberapa jawatan penting dalam PDRM sehingga ke hari ini.

Di sebalik karekternya yang lemah-lembut, beliau juga tegas serta optimis dalam penugasannya dan atas jasa baktinya kepada pasukan, beliau dianugerahkan pingat dan darjah seperti PJN, DSNS, SIMP, PGPP, PSPP dan KMN.

Beliau juga memiliki Diploma Strategi/Keselamatan, BA Communications (Hons) dan MA (Communication) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sesungguhnya ini mencerminkan kualiti dan kredibiliti beliau sebagai seorang warga PDRM yang seharusnya dijadikan ikon kepada pegawai serta anggota polis yang lain.

Persaraan beliau ini merupakan satu kehilangan yang besar dalam organisasi PDRM.

Sekitar Majlis Paluan Berundur Sempena Persaraan YDH CP Datuk Mashuri bin Zainal

Majlis ini turut dihadiri oleh YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Puan Sri Hajjah Suriati Bt Mohd Sobri, YDH Datuk Hussin Bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Datin Habibah Bt Hatim, Yang Berbahagia Tun Hanif bin Omar, Mantan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Dif-Dif Jemputan, Pegawai-pegawai Kanan Polis dan anggota.

Majlis bermula pada  jam 5.00 petang dengan Pasukan pancaragam Pusat PDRM mengambil tempat dan disusuli dengan ketibaan YDH CP Datuk Mashuri bin Zainal, Pengarah Jabatan Logistik PDRM.

Majlis diteruskan dengan acara Bacaan Puisi khas untuk YDH CP Datuk Mashuri Bin Zainal oleh C/Insp Mohamed Mahat, yang merupakan juara tiga kali mendeklamasi puisi PDRM.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan Pancaragam Pusat PDRM dan di akhir acara persembahan, Ketua Pengarah Muzik PDRM, Superintendan Alina binti Saad menjemput YDH Datuk Mashuri naik ke pentas khas untuk memimpin Pancaragam Pusat PDRM.

Sebagai simbolik kepada persaraan YDH Datuk Mashuri bin Zainal, majlis diteruskan dengan upacara 'Beating The Retreat' iaitu upacara menurunkan bendera Sang Saka Biru.

Di akhir majlis,  YDH Datuk Mashuri Bin Zainal dijemput untuk menaiki kenderaan istiadat dan ditarik ke Balai Pengawal, Maktab PDRM Kuala Lumpur. 

YDH Datuk Mashuri menandatangani Buku Pelawat di Balai Pengawal, menerima 'Tabik Hormat' dari Guard Turn-Out sebelum meninggalkan Maktab PDRM dengan menaiki kenderaan rasmi.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
Ketibaan...YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menerima tabik hormat daripada Pasukan Pancaragam Pusat PDRM.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
Pasukan Pancaragam Pusat PDRM mengambil tempat.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
Y.Bhg Tun Hanif Omar, mantan Ketua Polis Negara turut hadir di majlis tersebut.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
YDH Datuk Mashuri menerima tabik hormat daripada Pasukan Pancaragam Pusat PDRM.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
Y.Bhg Mantan Ketua Polis Negara bersama YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar dan Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM.
  
Pdrm Kehilangan Aset Berharga
Pasukan Pancaragam Pusat PDRM pimpinan Superintendan Alina binti Saad.
 
Pdrm Kehilangan Aset Berharga
Upacara tirai pembukaan persembahan oleh Pasukan Pancaragam Pusat PDRM, memukau hadirin yang hadir

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
Antara selingan persembahan yang cukup menarik dari Pasukan Pancaragam Pusat PDRM.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
MENGHIBURKAN...Anggota PDRM juga mempunyai bakat seni yang menghiburkan.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
BAKAT TERPENDAM..YDH CP Datuk Mashuri juga seorang konduktor pancaragam yang hebat.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
Upacara 'Beating The Retreat' iaitu menurunkan bendera Sang Saka Biru oleh anggota-anggota PDRM.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
PERSAUDARAAN DALAM PASUKAN.. Persaraan YDH Datuk Mashuri seumpama kehilangan permata yang begitu
berharga dalam pasukan PDRM.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
YDH CP Datuk Mashuri memberikan tabik hormat terakhir kepada Pasukan Pancaragam PDRM dan hadirin.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
Lintas Hormat Udara Oleh Unit Udara PDRM.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
MESRA..YDH CP Datuk Mashuri sempat bersalaman dengan anggota-anggota Pasukan Pancaragam.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
Sebelum meninggalkan Maktab PDRM Kuala Lumpur...Upacara menandatangani Buku Pelawat oleh YDH CP Datuk Mashuri bin Zainal.

Pdrm Kehilangan Aset Berharga
SIMBOLIK ISTIADAT..YDH CP Datuk Mashuri bersama Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara menaiki kenderaan istiadat dan ditarik sehingga ke Balai Pengawal, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Wartawan   : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto    :  L/Kpl Khaidzir bin Mahmad
Penyunting : C/Insp Adzzi bin Hj Ismail

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 12.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM