Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu

Diterbitkan: 11 Jun 2014 12.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Muzium Polis Diraja Malaysia telah terpilih untuk dimasukkan dibawah produk pelancongan di kawasan Taman Botani Perdana bagi NKEA Greater KL/Klang Valley EPP # 7: Iconic Places dibawah inisiatif Green
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cantik-landskapnya-tersusun-dan-kemas-dalamannya-boleh-mengamit-hati-pengunjung-yang-melawat-muziu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:57 MYT
Kuala Lumpur - 11 Mac 2011

"Cantik landskapnya, tersusun dan kemas dalamannya, boleh menggamit hati pengunjung yang melawat muzium ini", ungkapan kata-kata Y.Bhg Datuk Seri Ahmad Fuad bin Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur semasa melawat Muzium Polis Diraja Malaysia bersama delegasi dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada petang ini.

Lawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama delegasi rombongan yang menaiki kenderaan khas, adalah sesi lawatannya ke produk pelancongan di kawasan Taman Botani Perdana bagi NKEA Greater KL/Klang Valley EPP # 7: Iconic Places dibawah inisiatif Green Icon Of KL.

Muzium Polis Diraja Malaysia telah terpilih untuk dimasukkan di bawah produk pelancongan di kawasan Taman Botani Perdana, di bawah seliaan Jabatan Kebudayaan Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Semasa lawatan ke Muzium PDRM, delegasi  rombongan DBKL dikongsi dengan pelbagai maklumat dan pameran barang-barang sejarah lebih satu dekad yang lalu. Antara yang menarik adalah koleksi pakaian awal penubuhan pasukan polis mengikut negeri, koleksi senjata dan peralatan rampasan yang digunakan oleh tentera Jepun pada zaman darurat serta komunis,  koleksi peralatan peperangan yang pernah digunakan oleh tentera Portugis menentang tentera Jepun, koleksi kelengkapan awal penubuhan balai polis, koleksi senjata-senjata lama, kenderaan awal PDRM, pameran tokoh-tokoh PDRM yang mengharumkan nama Malaysia melalui sukan dan tayangan video mengenai polis mengharungi zaman darurat.

Ketibaan Y.Bhg Datuk Seri Ahmad Fuad bin Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama delegasi dari DBKL telah disambut oleh Superintendan Syed Zainal Abidin bin Syed Zin, Kurator Muzium PDRM bersama Pegawai-pegawai serta anggota Muzium dengan mesranya.

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu
Delegasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menaiki kenderaan khas ke Muzium PDRM

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu
Kurator Muzium PDRM yang turut mengiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur melawat Taman Botani Perdana hingga ke Muzium PDRM

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu
kanan...Superintendan Syed Zainal Abidin bin Syed Zin, Kurator Muzium PDRM bersama Pegawa-pegawainya menyambut ketibaan tetamu

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu
Y.Bhg Datuk Seri Ahmad Fuad bin Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur menandatangani Buku Pelawat

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu
ASP Ab Rashid bin Hj. Mohamad menceritakan kisah kepala seladang yang terletak di atas pintu masuk Muzium PDRM ini

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu
Menonton video, Sejarah Penubuhan Pasukan Polis...

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat MuziuMelawat koleksi-koleksi barang yang terdapat di dalam Muzium PDRM

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu
Diruangan sejarah penubuhan pasukan polis, ditaklimatkan oleh ASP Selamat bin Sainayune

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu
Ruangan anggota polis yang mengharumkan nama Malaysia dibidang sukan..

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu
Tertarik dengan motosikal lama yang dipamirkan..

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu
SM Ruziah binti Abdullah menceritakan sejarah kepada delegasi DBKL

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu
Delegasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bergambar kenangan di hadapan Muzium PDRM

Cantik Landskapnya Tersusun Dan Kemas Dalamannya Boleh Mengamit Hati Pengunjung Yang Melawat Muziu
Pegawai-pegawai dan anggota Muzium PDRM yang bertugas untuk menyambut delegasi DBKL


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 12.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM