Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Orang Ramai Perlu Peka Dengan Modus Operandi Penjenayah Yang Berbeza Beza

Diterbitkan: 11 Jun 2014 12.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
PDRM telah berjaya menumpaskan sindiket samun kereta di sekitar Lembah Klang dan berjaya menangkap seramai 11 orang suspek berumur di antara 20 hingga 35 tahun...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/orang-ramai-perlu-peka-dengan-modus-operandi-penjenayah-yang-berbeza-beza
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:55 MYT
Kuala Lumpur, 10 Mac 2011 - "Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan helah dan taktik individu tertentu yang berisiko memudaratkan nyawa dan harta benda mereka," ujar YDH CP Datuk Seri Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM dalam Sidang Media JSJ di Makmal Forensik PDRM Cheras hari ini.

Kenyataan beliau adalah ekoran daripada kejayaan PDRM melumpuhkan beberapa siri sindiket samun dan penyeludupan kenderaan mewah di negara ini baru-baru ini.

PDRM telah berjaya menumpaskan sindiket samun kereta di sekitar Lembah Klang dan berjaya menangkap seramai 11 orang suspek berumur di antara 20 hingga 35 tahun.

Hasil dari siasatan, polis juga mendapati lebih kurang 100 kes berkaitan dilaporkan dari 2009 hingga 2011 serta rampasan 8 buah kenderaan mewah bernilai kira-kira RM 1 juta oleh sindiket yang sama.

Dalam pada itu, Polis Johor juga berjaya menumpaskan sindiket yang serupa dengan tangkapan 5 suspek dan rampasan sebanyak 2 buah kereta.

Modus operandi sindiket-sindiket ini tertumpu kepada kereta-kereta mewah dengan mengekori dan melanggar dari arah belakang dengan tujuan untuk menarik perhatian mangsa untuk keluar dari kenderaan tersebut dan seterusnya kesempatan ini digunakan oleh penjenayah tersebut untuk menyamun dan melarikan kenderaan tersebut.

Di Perlis, PDRM berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan kereta mewah ke negara jiran melalui Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam dengan tertangkapnya 6 suspek dan menyelesaikan 4 kes kecurian kenderaan.

Aktiviti kumpulan ini berjaya dikesan dan terbongkar apabila kegiatan mereka turut dirakamkan kamera litar tertutup di pintu-pintu sempadan negara.

Sehubungan itu, YDH CP Datuk Seri Bakri Mohd Zinin mengulas untuk mempergiatkan operasi-operasi PDRM dalam pembanterasan sindiket-sindiket tersebut dan yang terbaru, "Ops Lusuh" diwujudkan dalam memberikan tumpuan kepada penjualan alatan-alatan kenderaan yang di kedai-kedai pengedar alatan kereta terpakai.

Beliau turut menyentuh berkenaan taktik-taktik individu tertentu yang menyamar sebagai anggota polis melakukan jenayah samun dan rogol terhadap mangsa dan ini memberikan persepsi yang buruk terhadap imej PDRM.

Berikutan itu, beliau menjelaskan orang ramai berhak untuk meminta seseorang pegawai dan anggota polis itu untuk menunjukkan kad kuasa mereka bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini terjadi.

Orang Ramai Perlu Peka Dengan Modus Operandi Penjenayah Yang Berbeza Beza
YDH CP Datuk Seri Bakri Mohd Zinin dalam ucapannya semasa sidang media JSJ di Bahagian Forensik PDRM.

Orang Ramai Perlu Peka Dengan Modus Operandi Penjenayah Yang Berbeza Beza
Antara wartawan-wartawan berita yang hadir di sidang media.

Orang Ramai Perlu Peka Dengan Modus Operandi Penjenayah Yang Berbeza Beza
YDH CP Datuk Seri Bakri bin Mohd Zinin menunjukkan barang-barang rampasan yang berjaya dirampas.

Orang Ramai Perlu Peka Dengan Modus Operandi Penjenayah Yang Berbeza Beza
YDH CP Datuk Seri Bakri bin Mohd Zinin menunjukkan kenderaan mewah yang berjaya dirampas. 

Orang Ramai Perlu Peka Dengan Modus Operandi Penjenayah Yang Berbeza Beza
YDH CP Datuk Seri Bakri bin Mohd Zinin sempat meluangkan masa berbual bersama wartawan yang hadir.

Jurufoto : Konst. Mohd Helmi bin Saadin
Wartawan : Konst. Irfan Bujang
Penyunting : C/Insp. Norsuzila bt Kamaruldin
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 12.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM