Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c

Diterbitkan: 11 Jun 2014 9.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam konteks mengurangkan risiko kemalangan jalan raya, Majalah AutoMaskulin ini dimuatkan dengan tip-tip penjagaan kenderaan dan maklumat seperti Sportlight, Vroom, On The Road dan sebagainya. Tip-t..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-ke-arah-peningkatan-produktiviti-melalui-kaedah-3c
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Shah Alam, Selangor - 28 Januari 2012

" Saya melihat Kumpulan Media Karangkraf mempunyai tanggungjawab kepada korporat sosial masyarakat. Saya amat berbesar hati kerana pihak Karangkraf juga turut serta menjadi konstituen kepada usaha-usaha PDRM untuk memperhebatkan inisiatif-inisiatif melalui tip-tip keselamatan jalan raya melalui platfom promosi media Karangkraf ", YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Menyokong kenyataan YDH Timbalan Ketua Polis Negara dalam konteks mengurangkan risiko kemalangan jalan raya, Majalah AutoMaskulin ini dimuatkan dengan tip-tip penjagaan kenderaan dan maklumat seperti Sportlight, Vroom, On The Road dan sebagainya. Tip-tip mengenai keselamatan kenderaan seperti ini akan memberi value added quality kepada pembaca.

" Pada hari ini, saya turut terpanggil untuk mengulangi seruan YAB Perdana Menteri Malaysia supaya kita meningkatkan produktiviti melalui kaedah 3C, iaitu Creativity, Communication dan Collaboration. Saya berpendapat karinval buku dan MoU yang telah akan ditandatangani di antara Kumpulan Media Karangkraf dan MCPF adalah menepati kesemua ciri-ciri 3C tersebut ", YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara berucap di Majlis Pelancaran Majalah AutoMaskulin sempena Karnival Buku Karangkraf 2012 yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, petang tadi.

Turut hadir petang tadi adalah Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye, Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Y.Bhg Datuk Haji Fickry bin Yaacob, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Y.Bhg Dato' Dr. Hussamuddin bin Yaacob, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, YDH Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM, YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor, pegawai-pegawai dan para karyawan Media Karangkraf, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan dan  anggota Polis dan wakil-wakil media.

" Saya yakin pihak Karangkraf akan sentiasa meningkatkan kolaborasi bukan sahaja dengan PDRM dan MCPF, malahan dengan konstituen lain seperti sistem pengangkutan dan keselamatan di jalan raya. Pada hemah saya, konsep 3C adalah sangat sesuai  untuk diterapkan dalam inisiatif literature seperti yang dilaksanakan oleh Kumpulan Karangkraf ", tambah YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

" Akhir kata syabas dan tahniah kepada Kumpulan Karangkraf. Saya yakin melalui penerbitan akhbar dan majalah oleh Karangkraf akan dapat menyampaikan mesej lebih berkesan kepada pembaca untuk bersama-sama dengan pihak berkuasa dalam meningkatkan keselamatan di jalan raya dan membanteras jenayah ", YDH Timbalan Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan beliau.

Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Ketibaan YDH Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Mesra....YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara melawat booth peserta yang menyertai karnival Karangkraf.

Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Ucapan perasmian daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara merasmikan majalah Auto Maskulin.

Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar menurunkan tanda tangan simbolik perasmian majalah terbaru terbitan Karangkraf, AutoMaskulin.

Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Utamakan keselamatan...YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menyarungkan topi keledar kepada salah seorang pemuda yang terpilih.

Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Cenderamata Karangkraf kepada YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar.

Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Kasih...YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar mesra melayan kerenah anak-anak yatim yang dijemput khas oleh Karangkraf... 

Pdrm Ke Arah Peningkatan Produktiviti Melalui Kaedah 3c
Sidang media bersama YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar Timbalan Ketua Polis Negara.

Wartawan : L/Kpl Edwin Indo.
Jurugambar : Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi.
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 9.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM