Polis Perhebat Banteras Jenayah Pada 2012
Bukit Aman, 30 Jan -
"Pada tahun ini, kita akan meningkatkan serbuan dan tangkapan
terhadapaktiviti-aktiviti jenayah pemerdagangan orang, pelacuran dan
judi haram," tegas YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah dalam satu sidang media Laporan Kejayaan
Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7)Tahun 2011.
Tahun
2011 menyaksikan seramai 159 orang telah ditangkap kerana disyaki
terlibat di dalam kes pemerdagangan orang serta 116 kes sepanjang tahun
2011, berbanding 132 kes pada tahun 2010 dan ianya menunjukkan penurunan
sebanyak 16 kes berjaya dicatatkan.
Seramai 218 orang telah berjaya diselamatkan pada tahun 2011 dan telah diberikan Perintah Perlindungan.
Di
dalam statistik Jenayah Pemerdangangan Orang ini juga, dicatatkan juga
mangsa-mangsa yang terlibat dengan eksplotasi seks iaitu sebanyak 52
kes, perkhidmatan paksa sebanyak 45 kes, penyeludupan dan eksplotasi
untuk visa 10 kes dan penjualan bayi 9 kes.
Bagi
Jenayah Pelacuran, tindakan pembanterasan ke atas aktiviti pelacuran
yang telah dijalankan oleh pihak polis, seramai 11,832 wanita
warganegara asing telah ditangkap bagi tahun 2011 berbanding 11,919
orang pada tahun 2010 dan menunjukkan penurunan tangkapan sebanyak 87
orang.
Bagi
tahun 2011, perempuan warganegara China mencatatkan tangkapan tertinggi
iaitu seramai 5,922 orang, diikuti Vietnam 2,169 orang, Thailand 1,492
orang dan Indonesia 1,208orang.
Kegiatan
pelacuran bukan sahaja melibatkan warganegara asing tetapi juga wanita
tempatan. Dalam tahun 2011, seramai 1,801 wanita tempatan telah
ditangkap kerana terlibat di dalam kegiatan pelacuran berbanding 1,060
orang dalam tempoh yang sama pada tahun 2010 dan ianya menunjukkan
peningkatan seramai 741 orang.
Penurunan
tangkapan menunjukkan PDRM sentiasa mengambil tindakan dengan
menjalankan operasi ke atas pusat-pusat hiburan, hotel, rumah urut dan
premis-premis persendirian dalam membanteras penglibatan warganegara
asing yang terlibat dalam kegiatan pelacuran di Malaysia.
Bagi
Jenayah Perjudian Haram pula, sebanyak 34,865 serbuan telah dibuat oleh
PDRM dan seramai 24,962 orang telah ditangkap kerana terlibat dalam
kegiatan perjudian haram.
Berbanding
pada tempoh yang sama pada tahun 2010, sebanyak 24,541 serbuan serta
20,172 tangkapan dilakukan dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak
10,324 serbuan dan 4,790 orang ditangkap.
Sepanjang
tahun 2011, tindakan pembanterasan yang telah dilakukan terhadap
kegiatan mesin perjudian komputer adalah sebanyak 25,043 serbuan, 14,523
tangkapan dan 96,840 komputer telah dirampas.
Bagi
kegiatan perjudian loteri haram, sebanyak 5,682 serbuan dan 3,882
tangkapan, perjudian catit taruh haram sebanyak 1,988 serbuan dan
tangkapan seramai 588 orang.
Dalam
tahun 2011 bagi perjudian dalam bangunan pula, sebanyak 1,098 serbuan
dan 311 orang telah ditangkap manakala perjudian ditempat bebas adalah
1,054 serbuan dan 2,658 orang telah ditangkap.
“Pihak
polis telah menerima banyak maklumat daripada orangawam dan polis telah
menyiasat dan mengambil tindakan bagi mengekang kegiatan-kegiatan
seperti ini yang boleh menjatuhkan moral di dalam masyarakat negara
ini,” ujarnya.
Turut hadir pada hari ini, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.

YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah semasa mengendalikan sidang media hari ini.

Statistik pemerdagangan orang pada tahun 2010-2011

Wakil-wakil media yang hadir...
Wartawan / Jurufoto : L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan