Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos

Diterbitkan: 11 Jun 2014 9.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam usaha untuk menambah baik Undi Pos bagi polis dan tentera, satu kaedah telah dipersetujui oleh pihak SPR iaitu Undi Awal. Kaedah ini adalah salah satu usaha pihak SPR menangani masalah yang seri..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kaedah-pengundian-awal-ganti-undi-pos
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Bukit Aman - 27 Januari 2011

" Banyak bilangan Undi Pos ditolak kerana masalah-masalah teknikal serta pihak yang menjalankan undi pos ini tidak faham akan kaedah perlaksanaannya. " Y.Bhg Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dalam usaha untuk menambah baik Undi Pos bagi polis dan tentera, satu kaedah telah dipersetujui oleh pihak SPR iaitu Undi Awal. Kaedah ini adalah salah satu usaha pihak SPR menangani masalah yang sering dihadapi oleh kaedah Undi Pos.

"Kaedah Undi Awal ini membolehkan polis dan tentera akan mengundi seawal 3 atau 2 hari daripada hari mengundi biasa, tertakluk kepada perbincangan SPR akan datang", Y.Bhg Pengerusi SPR berkata dalam ucapan.

" Dalam pada itu, bagi anggota polis yang akan keluar bertugas di luar kawasan, mereka ini boleh memohon untuk mengundi secara pos. Kaedah Undi Pos ini tidak akan dimansuhkan walaupun kaedah baru ini diperkenalkan ", tambah Y.Bhg Pengerusi SPR.

Majlis Taklimat Proses Undi Awal yang berlangsung pagi ini, di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman dihadiri oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bertujuan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai proses pengundian awal kepada semua anggota PDRM.

Turut hadir adalah Y.Bhg Dato' Wira Wan Ahmad bin Wan Omar, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bersama Delegasi, YDH Timbalan-timbalan Pengarah Jabatan PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, YDH Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan Polis dan Anggota-anggota Polis.

" Saya menyeru agar semua anggota polis mengambil peluang daripada pemutihan pengundian awal ini untuk melaksanakan kewajipan untuk mengundi pada pilihan raya yang akan datang ini ", ujar Y.Bhg Pengerusi SPR.

" Saya berharap perjumpaan kita pada hari ini akan membawa banyak faedah dan manfaat serta dapat meningkatkan kefahaman berkenaan satu proses baru yang akan diperkenalkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Kesempatan ini saya turut merakamkan berbanyak ucapan terima kasih terutama sekali kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara kerana sudi menerima kehadiran pihak SPR. Penghargaan kepada PDRM atas jasa menjaga keselamatan para pengundi, para Pegawai SPR dan orang awam ", Y.Bhg Pengerusi SRP mengakhiri ucapan pagi ini.

Majlis pagi ini diteruskan dengan sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Y.Bhg Dato' Wira Wan Ahmad bin Wan Omar, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan pertukaran cenderahati kenangan.


Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Pendaftaran kepada tetamu yang hadir

Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya disambut oleh
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Antara yang hadir

Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku

Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Bacaan doa

Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Ucapan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos

Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Sesi soal jawab

Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Kaedah Pengundian Awal Ganti Undi Pos
Penyampaian cenderamata di antara Polis Diraja Malaysia kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : Konstabel Santher Kumar a/l Sehgar
 

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 9.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM