Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke-41 ini menyaksikan lebih 124 orang 'kuat' mempamerkan kejaguhan mereka untuk menjadi Juara. Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan ini..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-juara-keseluruhan-kejohanan-bina-badan-kebangsaan-ke-41
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:27 MYT

Pulau Pinang - 18 Julai 2010, Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke-41 "Mr. Malaysia 2010", Peringkat Akhir telah berlangsung dengan meriahnya di Hotel Vistana, Pulau Pinang, malam lalu.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Puan Lydia Ong Kok Fooi, Exco Sukan dan Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang.

Hadir sama di majlis makan malam sempena pertandingan akhir  Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke-41 ialah Y.Bhg Datuk Wira Gan Boon Leong, Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia serta Ahli-ahli Jawatankuasa dan Y.Bhg Dato' Ong Poh Eng, Presiden Persatuan Bina Badan Pulau Pinang dan Ahli Jawatankuasa serta dif-dif jemputan.

Sukan Bina Badan merupakan satu aktiviti sukan yang dapat mendisiplinkan diri seseorang khususnya dari segi pemakanan yang sihat dan latihan ke arah kecergasan serta kesihatan tubuh badan. Di peringkat kebangsaan, kita mempunyai atlet bina badan yang bertaraf dunia dan ini pastinya mampu menarik minat generasi muda untuk menceburi kegiatan sukan ini dengan matlamat memantapkan kesihatan diri dan memperolehi kejayaan dalam sukan ini di persada antarabangsa.

Kejohanan ini juga dapat dijadikan landasan untuk memilih jaguh-jaguh bagi mewakili negara untuk menempah nama dalam kejohanan peringkat antarabangsa seperti Sazali Samad dari PDRM yang telah mengharumkan nama Malaysia.

Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke-41 ini menyaksikan lebih 124 orang 'kuat' mempamerkan kejaguhan mereka untuk menjadi Juara. Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan ini  di mana 12 kategori akan dipertandingkan  iaitu dua Kategori Junior, satu Kategori Master dan sembilan Kategori Terbuka.  

Acara yang dipertandingkan ialah Junior Light Weight - 70 kg ke bawah, Junior Welter Weight - 70 kg ke atas, Master - 45 tahun ke atas, Light Fly Weight - 55 kg ke bawah, Fly Weight - 55.1 kg - 60 kg, Bantam Weight - 60.1 kg - 65 kg, Light Weight - 65.1 kg - 70 kg,  Welter Weight - 70.1 kg - 75 kg, Light Middle Weight - 75.1 kg - 80 kg, Middle Weight- 80.1 kg -85 kg, Light Heavy Weight - 85.1 kg - 90 kg dan Heavy Weight - 90.1 kg ke atas.

Pasukan Bina Badan Polis Diraja Malaysia telah diketuai oleh Cif Inspektor Gazali bin Yunus dan Jurulatih pula ialah Sazali bin Abd Samad. Pengadil kejohanan dari PDRM pula ialah Azmi bin Nayan dan Murugan. Seramai 9 orang atlit dari PDRM telah mengmbil bahagian dalam 9 kategori sahaja.

Polis Diraja Malaysia sekali lagi menjadi Johan Keseluruhan, Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke-41 (Mr. Malaysia 2010) dengan merangkul 4 Johan, 1 Naib Johan dan 2 peserta di tempat Ketiga. Lebih membanggakan, gelaran   'Champion Of The Champion' juga telah dinobatkan kepada peserta dari PDRM.

Johan disumbangkan oleh  Ismail Riji (Heavy Weight),  Mohayan Rosmani (Middle Weight), Azahar Mahamad dalam kategori Welter Weight dan Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (Light Weight) . Naib Johan pula diperolehi daripada   Valentine Wong dalam kategori Light Fly. Tempat Ketiga ialah Wan Man bin Wan Ibrahim dalam kategori Light Heavy Weight dan Aloysius Jaimon@George (Light Middle).

Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke-41 ini diharap akan membawa kepada satu pembaharuan dan satu pendekatan yang lebih bermakna kepada pencapaian dalam mengeluarkan serta menghasilkan seberapa ramai atlet sukan bina badan yang berpontesi, berkualiti, berdedikasi serta dapat mengharumkan nama Malaysia sebagai yang telah berjaya dilakukan oleh wira bina badan dan juara 'Mr. Universe', Sjn Sazali Abd Samad.

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
Pasukan Bina Badan PDRM diketuai oleh  Cif Inspektor Gazali bin Yunus, Pengurus Pasukan dan Jurulatih pula ialah Sazali bin Abd Samad

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
 Naib Johan kategori Light Fly...  Valentine Wong (tengah)

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
kiri...Tempat Ketiga dalam kategori Light Middle, Aloysius Jaimon@George

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
dua dari kanan...Wan Man bin Wan Ibrahim, tempat Ketiga dalam kategori Light Heavy Weight

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
No 83...Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Johan dalam kategori Light Weight

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
Memperagakan badan kepada barisan juri pengadil... Azahar Mahamad, Juara dalam kategori Welter Weight (kanan)

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
kiri... Juara Kategori Middle Weight, Mohayan Rosmani

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
Juara Heavy Weight, Ismail Riji atau gelarannya' Giant' (No 146..kiri)

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
Sazali Abd Samad, diberikan penghormatan untuk memperagakan badan di Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke-41 "Mr Malaysia 2010"

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
Pemenang-pemenang semua kategori bertanding untuk merebut gelaran 'Champion Of The Champion'

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah telah dinobatkan sebagai  'Champion Of The Champion'

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
 Juara Keseluruhan...Cif Inspektor Gazali bin Yunus menerima tropi daripada YB Puan Lydia Ong Kok Fooi, Exco Sukan dan Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang.

Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
Pasukan Bina Badan PDRM bergambar kenangan bersama piala-piala dan ahli keluarga yang turut memberi sokongan.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM