Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai hampir 300 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Maktab PDRM Kuala Lumpur, PULAPOL Muar, PULAPOL Kuala Lumpur, Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/big-walk-2010-bahagian-latihan-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:00 MYT
Bukit Aman - 17 Julai 2010. 'Big Walk' 2010, pertandingan berjalan kaki anjuran Bahagian Latihan Bukit Aman telah berlangsung dengan meriahnya dan penuh dengan keceriaan dan semangat kesukanan pada pagi ini.

Seramai hampir 300 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Maktab PDRM Kuala Lumpur, PULAPOL Muar, PULAPOL Kuala Lumpur, Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu dan Kem Komandan Bukit Aman serta Bahagian Latihan Bukit Aman telah mengambil bahagian.

Pertandingan telah dibahagikan kepada empat acara iaitu Terbuka Lelaki, Lelaki Veteran, Terbuka Wanita dan Wanita Veteran. Pertandingan dijalankan secara individu. Jarak pertandingan bagi Terbuka Lelaki  ialah 5 km dan lain-lain acara ialah 3 km.

Pertandingan telah diadili oleh Persatuan Olahraga  Amatur Kuala Lumpur.

Pelepasan 'Big Walk' 2010 telah disempurnakan oleh YDH SAC Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan).

Hadir sama ialah ACP Mazlan bin Kesah, Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/PTK) merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa 'Big Walk' 2010, ACP Rosniah binti Ramle, Penolong Pengarah Pengurusan Latihan (Pentadbiran/Latihan), ACP Raja Musa bin Raja Razak, Komandan Maktab Teknik PDRM Muar, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota PDRM.

Acara 'Big Walk' ini dicadangkan akan diadakan dwi tahunan kerana selain dari melahirkan pegawai dan anggota yang sentiasa cergas, mengekalkan kesihatan dan mengeratkan silaturahim antara warga PDRM, ianya akan dapat menggalakkan lebih ramai pegawai dan anggota serta kakitangan awam PDRM menyertai aktiviti-aktiviti sukan.

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Pendaftaran peserta seawal pagi...

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Semangat kerjasama dan setiakawan...membantu memasang nombor penyertaan

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Jalan, jangan berlari...Encik S. Muregesu dari Persatuan Olahraga  Amatur Kuala Lumpur sedang memberikan taklimat

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Perserta-peserta wanita yang mengambil bahagian

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Ini bukan peserta Terbuka Lelaki, mereka adalah peserta Terbuka Veteran..

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Pelepasan untuk acara Terbuka Lelaki dan Terbuka Veteran

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Mula berjalan sejauh 3 km ke penamat...

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Berjaya menamatkan perlumbaan, layak untuk mendapat Sijil Penyertaan

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Johan Terbuka Wanita...Siti Fairuz Jamaludin dari PULAPOL KL

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Catatan masa 33 min 5 saat...Johan Terbuka Veteran Wanita, DSP Lee Siew Kee dari PULAPOL KL

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Lee Kim Sooi dari Maktab PDRM Kuala Lumpur, Johan Terbuka Lelaki Veteran

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Johan Terbuka Lelaki...Saravanan a/l Senaiah dari PULAPOL KL yang mencatat masa 40 minit 20 saat

Big Walk 2010 Bahagian Latihan Bukit Aman
Johan Keseluruhan, Maktab PDRM Kuala Lumpur...ACP Lee Bee Phang menerima tropi dari  YDH SAC Dato' Jamshah bin Mustapa.
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM