Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Bergelap Tanda Sokong Kempen Earth Hour

Published: 25 Mar 2017 2.05 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus komited menyokong Kempen ‘Earth Hour’ yang diadakan secara tahunan di seluruh dunia bagi memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara bumi dari pemanasan global yang disebabkan oleh pembebasan gas rumah kaca secara tidak terkawal.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-bergelap-tanda-sokong-kempen-earth-hour
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:49 MYT

Kuala Lumpur, 25 Mac 2017 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus komited menyokong Kempen ‘Earth Hour’ yang diadakan secara tahunan di seluruh dunia bagi memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara bumi dari pemanasan global yang disebabkan oleh pembebasan gas rumah kaca secara tidak terkawal.

Selari dengan hala tuju Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM bagi membantu Malaysia mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca dan langkah penjimatan penggunaan tenaga elektrik, kedua-dua menara dan bangunan Kompleks C di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman bergelap selama hampir satu jam bermula pada jam 8.30 hingga jam 9.30 malam tadi sebagai memberi sokongan kepada kempen ini.

Kempen ini turut dilaksanakan secara serentak di peringkat kontinjen/Formasi/Briged/Maktab dan perumahan-perumahan PDRM.

Pdrm Bergelap Tanda Sokong Kempen Earth Hour

Pdrm Bergelap Tanda Sokong Kempen Earth Hour
Pdrm Bergelap Tanda Sokong Kempen Earth Hour
ArticlePublished 25 Mar 2017 2.05 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM