Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Tahan Lelaki Warga Emas Miliki Syabu

Diterbitkan: 26 Mar 2017 5.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang lelaki warga emas selepas dipercayai memiliki dadah jenis Syabu, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-tahan-lelaki-warga-emas-miliki-syabu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:45 MYT

Semporna, 26 Mac 2017 - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang lelaki warga emas selepas dipercayai memiliki dadah jenis Syabu, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi (PPM) Wilayah Empat Semporna, ASP Safardi Abd Samad berkata PPM menahan dan memeriksa sebuah bot dijuragani seorang warga emas berusia 61 tahun di perairan Tangkaloh kira-kira 5.50 petang.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot dan suspek, PPM menjumpai satu peket sederhana besar lutsinar ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu seberat empat gram, satu gulung kerajang aluminium dan satu telefon bimbit di dalam beg sandang pada juragan terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Safardi berkata ekoran penahanan itu polis turut merampas sebuah bot, sebuah enjin sangkut, satu gelen minyak dengan nilai rampasan RM13,210.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 26 Mar 2017 5.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM